Home » , » Warga emas maut dipukul dengan cota kerana bercinta dengan ibu mentua suspek

Warga emas maut dipukul dengan cota kerana bercinta dengan ibu mentua suspek

shamsulazlan | 20:25 | 0 comments

Seorang lelaki warga emas berusia 64 tahun maut selepas kepalanya dipukul dengan cota oleh suspek yang tidak berpuas hati dengan mangsa yang menjalankan hubungan dengan ibu mentuanya. 

Dalam kejadian jam 8.39 malam 4 Februari lalu di Taman Sentosa, Klang, wanita berusia 38 tahun berang kerana mengetahui mangsa menjalinkan hubungan dengan ibu mentuanya. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian daripada suspek. 

Bertindak di atas maklumat itu, polis kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa terbaring di tei jalan dalam keadaan sudah tidak bernyawa. 

"Pemeriksaan lanjut menemui kesan kecederaan di belakang kepala mangsa dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul. 

"Mayat mangsa yang juga pemuzik sambilan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dibedah siasat," katanya. 

Siasatan awal mendapati, suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang menjadi teman lelaki ibu mentuanya yang juga ibu tunggal berusia 67 tahun. 

Suspek juga memaklumkan ada memukul mangsa menggunakan cota bersama pekerjanya iaitu lelaki warga India berusia 24 tahun yang sudah melarikan diri. 

Susulan kejadian itu, suspek dan rakannya ditahan untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter http://bit.ly/2MUsOIu
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger