Pendedahan yang dikongsikan oleh aktivis masyarakat, Syed Azmi, membuatkan ramai netizen yang mahu tampil membantu tujuh beradik berkenaan.
Menurut Syed Azmi, hanya kakak sulung sahaja yang bekerja dengan pendapatan RM1,400 sebulan bagi menyara kehidupan dan keperluan empat adiknya yang masih bersekolah.
"Ayah cerai, kahwin lain dan tidak kisah dengan keluarganya. Ibu mereka meninggal sebelum raya tahun lepas. Anak ada tujuh orang berumur dari 23 tahun hingga 7 tahun.
"Kakak sulung, 23, bekerja sebagai promoter, anak kedua (lelaki, 22) pula membantu menguruskan adik-adiknya ke sekolah. Anak ketiga (lelaki, 18) baru habis SPM, belum bekerja.
"Seterusnya dua beradik perempuan dan dua beradik lelaki berusia dari 13 hingga 7 tahun masih bersekolah.
"Selepas ibu mereka meninggal, kesemua beradik itu pindah ke rumah nenek dan bersekolah di Selangor. Anak kedua yang menguruskan persekolahan adik-adiknya.
"Masalah kini, anak sulung gaji RM1,400, sumber kewangan utama keluarga. Kerja enam hari seminggu. Dapat bantuan zakat sejak ibu mereka meninggal dunia.
"Ayah mereka kembali dan mahu menjual rumah atas nama bersama lalu meminta anak-anak pindah keluar kerana dia mahu menjual rumah itu.
"Nenek tidak mahu menjaga cucu dan meminta mereka pulang duduk dengan kakak, tambahan nenek sudah tua dan tak larat. Di rumah nenek, ada dua ibu saudara yang selalu marah-marah pada mereka adik beradik. Mereka juga tak nak duduk di situ," katanya dalam status yang dimuat naik di Facebook hari ini.
Oleh kerana masalah itu, kakak sulung memerlukan bantuan kewangan persekolahan untuk adik beradiknya.
*Jika anda ingin menyalurkan sumbangan, hubungi Syed Azmi melalui WhatsApp.
from The Reporter http://bit.ly/2IhC36N
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment