Home » , » '3 kanak-kanak meninggal dunia (difteria), semuanya tak diberi vaksin' - Doktor

'3 kanak-kanak meninggal dunia (difteria), semuanya tak diberi vaksin' - Doktor

shamsulazlan | 22:46 | 0 comments

Pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengalakkan ibu bapa memberi suntikan imunisasi kepada anak mereka, sejak dari dulu lagi. Namun kemunculan golongan antivaksin dengan dakyah sesat bertuhankan Google telah merencatkan usaha itu sehingga beberapa penyakit berjangkit yang kembali menular di kalangan kanak-kanak.

Baca perkongsian dari Dr Fatinah Abdul Salam, dan pengalamanya menyaksikan sendiri empat kanak-kanak menghidap penyakit berjangkit ekoran kedegilan ibu bapa memberi vaksin kepada anak mereka.

ANGGAPLAH saya seorang saksi, bukan seorang doktor, bersiap sedialah, entri saya panjang

Inilah dia rupa diphteria anti-toksin, satu botol hampir RM500, kami gunakan empat botol untuk satu = RM 2000. Dan tak semua hospital ada anti-toksin ini. Dengan harapan dapat menyahkan toksin yang dihasilkan oleh corynebacterium diphteriae species atau mudah kita panggil diphteria.


Saya telah bekerja di hospital selatan tanah air ini sejak 2017. Saya saksikan kes demi kes. makin lama makin banyak. Saya jadi kaget, tak tahulah, mungkin sepanjang sembilan tahun belajar dan menjadi doktor pelatih di hospital universiti, katil limited, jadi mungkin sebab itu tak banyak kes  kami dapat.

Tiada langsung kes diphteria. Pernah juga buat attachment di Hospital Teluk Intan selama sebulan, di Slim River sebulan, HKL sebulan, satu pun tak ada. Mungkin satu bulan itu tempoh yang sekejap dan mungkin tempat kerja saya sekarang adalah pusat rujukan di selatan. Sebab itu kes diterima lebih banyak ataupun kadar antivaksin lebih banyak. Baiklah, wallahualam. Saya mahu bersangka baik sahaja. 

Tahun 2018, saya menyaksikan empat kes diphteria. Semuanya tidak diberikan vaksin. Tiga meninggal dunia dalam masa 2-4 hari di ICU, semua lingkungan umur masih kecil walaupun anti-toksin telah diberikan. Hanya satu sahaja hidup, budak berusia lingkungan 9-10 tahun tetapi throat swabnye pseudodiphteria, juga menerima anti-toksin. 

Saya menjadi risau kerana kini, pada tanggal 18 Februari 2019, datang lagi satu kes diphteria, confirmed. Tetapi apa yang saya lebih risaukan ialah jarak kes sekarang dan kes lepas adalah dua bulan. Jika anda masih ingat tular di akhbar harian mengenai seorang bayi meninggal dunia disebabkan diphteria adalah bulan 10, bulan 12, kami terima lagi dan kemudian kanak-kanak 9-10 tahun itu, kes terbaru kami pada bulan ini. Lebih-lebih lagi tular gerakan anti-vaksin lebih banyak di area Skudai. 

Oh ya, kes terbaru ini juga kini kritikal di pediatrik ICU. Saya saksikan kami telah melakukan yang terbaik untuk anak ini. Memandangkan hospital kami cuma tinggal dua botol anti-toksin, kami telah dapatkan dua botol lagi dari Kuala Lumpur. Susah payah penat kami abaikan, risiko berjangkit dengan kami pun kami abaikan demi kelangsungan hidup anak ini. Doakanlah anak ini. 

Jika anda menyeru dengan #educatebeforevaccine, mulakanlah dulu #educateifnotvaccinated. Saya percaya, anda semua golongan terpelajar, beragama, janganlah anda menafikan hak-hak orang lain hanya kerana pendapat atau hak anda. Duduklah di hospital selama setahun, saksikanlah apa yang saya telah saksikan. 

Saya harap penulisan saya ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada netizen-netizen yang masih berkira-kira nak vaksinkan anak mereka.

Sekian,
Fatinah Abdul Salam
Dari selatan tanah air
19/2/2019


from The Reporter https://ift.tt/2SNwdin
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger