Home » , » (Video) 'U tambah oranglah! Bukan masalah saya!' - Lelaki berang disuruh balik selepas tunggu 4 jam untuk dapatkan perkhidmatan di kaunter kerajaan

(Video) 'U tambah oranglah! Bukan masalah saya!' - Lelaki berang disuruh balik selepas tunggu 4 jam untuk dapatkan perkhidmatan di kaunter kerajaan

shamsulazlan | 01:20 | 0 comments

Viral di media sosial video seorang lelaki berang apabila penantiannya selama beberapa jam untuk mendapatkan perkhidmatan di sebuah kaunter kerajaan, akhirnya disuruh datang pada waktu lain. 

Tidak dinyatakan di mana kejadian itu berlaku tetapi menurut individu yang memuat naik video tersebut, lelaki terbabit telah menunggu sejak dari jam 10 pagi hingga 2 petang. 

"Apabila tiba gilirannya, pegawai di kaunter meminta dia datang semula pada waktu yang lain kerana mereka kekurangan kakitangan dan waktu itu adalah waktu untuk mereka berehat.

"Sedangkan kelihatan ramai kakitangan di situ berjalan tanpa melakukan apa-apa," katanya. 



Berdasarkan video tersebut, lelaki terbabit tidak berpuas hati disuruh datang pada waktu lain dan meminta pihak berkenaan menambah kakitangan agar dapat melancarkan urusan orang awam yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan mereka. 

Sementara itu, ramai netizen yang mendakwa pernah melalui pengalaman seperti itu dan sangat memahami apa yang dialami oleh lelaki terbabit. 







Justeru, netizen berharap pihak berkenaan memandang serius isu tersebut dan mengambil tindakan untuk membuat penambahbaikkan bagi memudahkan orang awam untuk mendapatkan perkhidmatan dari kaunter kerajaan. 

Sumber: Twitter Hilmi Adi


from The Reporter https://ift.tt/2GK9Xzm
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger