Home » , » Isteri tuntut cerai kerana badan suami berbau lipas, mulut busuk macam longkang

Isteri tuntut cerai kerana badan suami berbau lipas, mulut busuk macam longkang

shamsulazlan | 01:10 | 0 comments

Kaunselor Berdaftar Hushim Salleh mendedahkan, sepanjang tempoh enam bulan ini beliau menerima empat kes berkaitan dengan isu remeh yang membawa kepada pasangan menuntut perceraian, lapor Harian Metro.

Antara alasan remeh pasangan suami isteri menuntut cerai adalah, badan berbau lipas, salah picit ubat gigi, tidak pandai menggosok baju selain mulut berbau longkang walaupun sudah lebih 20 tahun berkahwin, mereka masih gagal mencari titik persefahaman berkaitan hal itu dan menerima kekurangan pasangan masing-masing. 

"Pasangan pertama ini mahu berpisah selepas isteri mendakwa badan suaminya berbau lipas dan kerana itu, wanita berkenaan enggan membiarkan dia ‘digauli’ suami sejak empat tahun lalu.

"Akibatnya, lelaki terbabit terpaksa ‘berpuasa’ sepanjang tempoh berkenaan. Pelbagai usaha dilakukan namun si isteri tetap mahu berpisah. Pasangan ini sudah lima tahun berkahwin dan dikurniakan seorang anak," katanya.


Menurut Hushim, pasangan berusia 30-an itu kini sedang mendapatkan khidmatnya untuk memulihkan kembali perhubungan mereka walaupun sudah memfailkan perceraian. 

Kes kedua pula, si isteri menuntut cerai kerana bengang dengan sikap suami yang kerap memicit ubat gigi sebarangan berbanding dirinya yang memicit ubat gigi dari bahagian bawah. Si isteri berharap suaminya akan mengikut caranya tetapi sebaliknya yang berlaku sejak mereka berkahwin enam tahun lalu. 

Si isteri yang berusia 28 tahun itu katanya, kerap bertengkar dengan suami berumur 29 tahun. Bosan dengan sikap suami, si isteri kemudian menuntut perceraian. Pasangan itu juga kini sedang mendapatkan khidmat Hushim untuk memperbaiki perhubungan mereka. 

Kes ketiga membabitkan sikap seorang eksekutif lelaki yang mahu menceraikan isterinya kerana mendakwa pasangannya tidak pandai menggosok baju. Lelaki itu seringkali memarahi isterinya kerana si suami bukan saja teliti, malah mahukan kesempurnaan. 

"Pasangan itu berusia 40-an dan dikurniakan tujuh anak. Suami mendakwa, isterinya gagal menggosok baju dengan kemas sebaliknya penuh dengan kesalahan seperti garisan tidak lurus.

"Lelaki terbabit bertegas mahu bercerai namun isterinya memujuk kerana mereka sudah lebih 20 tahun berkahwin selain berjanji akan mencuba untuk memperbaiki kekurangan berkenaan," katanya.

Dalam kes keempat, si isteri menuntut cerai kerana tidak tahan dengan bau busuk mulut suaminya yang telah dikahwin sejak 10 tahun lalu. 

Difahamkan si isteri sudah banyak kali menegur suaminya di sepanjang tempoh perkahwinan mereka, tetapi tidak diendahkan sehingga membawa kepada bibit perceraian," katanya. 

Pasangan itu yang dikurniakan dua anak dan kini dalam proses memulihkan hubungan.

Hushim berkata, perkara berkenaan tidak sepatutnya berlaku sekiranya pasangan mengambil inisiatif untuk berbincang sesama sendiri secara baik atau bertemu dengan kaunselor berdaftar.  Selain itu, perlunya sikap bertolak ansur dalam hubungan suami isteri dan sekiranya pasangan melakukan kesilapan atau kurang sempurna, mereka perlu berbincang untuk memulihkan hubungan, bukannya memendam rasa sehingga membawa kepada bibit perceraian. \

Sumber: Harian Metro


from The Reporter http://bit.ly/2X7Ca8o
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger