Seorang penjaga parkir yang disangka lelaki melahirkan anak di tepi jalan mengemparkan orang awam yang berada di sekitar tempat kejadian.
Wanita itu melahirkan bayinya tanpa bantuan sesiapa dan orang awam yang berada berhampiran pada ketika itu enggan membantunya dan menganggap kejadian itu aneh kerana 'lelaki' melahirkan anak serta merakamnya menggunakan telefon bimbit masing-masing.
Sebaik saja wanita itu memegang bayinya yang berlumuran darah, orang ramai tampil membantu setelah memastikan dia adalah wanita tulen dan segera menghantarnya ke hospital dengan ambulans.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di Chumphon, Thailand pada 9 Februari lalu.
Menurut saksi kejadian, wanita terbabit tidak menunjukkan ekspresi sakit ketika melahirkan bayinya. Malah, ketika ketubannya pecah, dia masih gagah berdiri di jalan.
Keadaan itu menyebabkan orang awam menyangka dia adalah lelaki yang melahirkan bayi.
from The Reporter http://bit.ly/2TRefrB
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment