Polis Indonesia mendedahkan pihaknya baru-baru ini menyelamatkan seorang gadis remaja berusia 18 tahun merupakan OKU (lembam) dikenali sebagai AG dari terus diratah oleh bapanya, JM, 45, dan dua beradiknya iaitu SA (24) dan YF (15 ), yang ditahan atas dakwaan melakukan serangan seksual terhadap mangsa semenjak ibunya meninggal dunia.
AG yang tinggal bersama tiga suspek itu di Sukoharjo. Jirannya yang prihatin berkata, dia curiga melihat keadaan AG lalu meminta polis menyiasat bapa dan dua beradiknya itu sebelum ketiga-tiganya ditahan.
Menurut penyiasat, JM mengaku telah merogol mangsa sebanyak lima kali, manakala SA berkata dia telah merogol AG sebanyak 120 kali dan YG, 60 kali.
Ketua Polis Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak Tanggamus, Primadona Laila berkata, JM mengakui dia sedar bahawa dia merogol anaknya sendiri dan mengambil kesempatan di atas kekurangan anaknya itu.
"Dia (mangsa) tidak berdaya dan bapanya mengambil kesempatan itu untuk memuaskan halwa nafsunya," kata Primadona.
Sementara itu, SA dan YF berkata mereka bertindak demikian kerana terdorong dengan nafsu selain kerap menonton video lucah melalui telefon bimbit, malah pernah mengajak mangsa menonton video itu bersama mereka beberapa kali.
Bukan itu sahaja, YF juga mengaku kepada polis bahawa dia baru-baru telah melakukan hubungan seks dengan lembu dan kambing milik jirannya. Ekoran itu, polis meminta YF menjalani pemeriksaan mental.
Mangsa kini dijaga oleh saudara dan berada dalam keadaan baik dari segi fizikal. Tetapi dia masih trauma dengan kejadian tersebut.
Tiga suspek terbabit ditahan reman untuk siasatan lanjut. Jika didapati bersalah, ketiga-tiganya boleh dihukum penjara selama 15 tahun.
Sumber: Coconut Jakarta
from The Reporter https://ift.tt/2ICSgnm
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment