Peluang kedua sudah diberi dan besar harapannya agar si suami insaf serta tidak mengulangi perbuatannya itu. Namun, penyanyi Aliff Aziz, 28, seperti tidak serik dan sekali lagi melukakan hati isterinya, Bella Astillah, 25.
Dalam temubual bersama Berita Harian, Bella mengakui dia reda sekiranya perpisahan merupakan jalan terakhir untuk menyelesaikan masalah rumah tangganya itu.
"Jika perpisahan menjadi jalan terakhir untuk perkahwinan kami, saya akur dan reda. Saya tak sangka dia akan buat hal lagi. Ingatkan, dia sudah berubah. Kali ini, dengan pelakon juga.
"Saya sudah tidak mampu untuk berselindung. Sebab itu juga saya memilih untuk berkongsi cerita ini di Instagram. Sebelum ini, saya maafkan dirinya dan memberikannya peluang. Namun dia tidak menggunakan peluang itu sebaik mungkin.
"Selepas ini, saya perlu berbincang dengan keluarga kerana apa sahaja keputusan mengenai rumah tangga kami, ia tetap membabitkan banyak hati," katanya yang juga mengakui sudah tawar hati dengan Aliff.
Bella berkata, silap dirinya juga kerana terlalu sayang, cinta dan menjaga nama serta keperluan suaminya yang akhirnya dia sendiri yang makan hati.
Perkenalan selama lima tahun dan usia perkahwinan mereka yang memasuki tahun ketiga masih belum cukup untuk Bella benar-benar mengenali Aliff dan banyak memendam rasa serta banyak peluang diberikan kepada penyanyi itu tetapi tidak dihargai.
Bella pada awalnya tidak mengesyaki apa-apa di antara Aliff dengan Oktovia dalam penggambaran telefilem Dosa Itu Bukan Miliknya di Perak. Tetapi perubahan sikap suaminya pada hari terakhir penggambaran membuatkan Bella berasa ada sesuatu yang tidak kena.
"... saya yang menemani Aliff di sana mula syak apabila melihat perubahan sikapnya pada hari terakhir penggambaran. Aliff seperti tidak fokus, emosi tidak stabil dan banyak berdiam diri.
"Pada 16 Februari lalu yang juga hari lahirnya, sewaktu kami bergerak pulang ke ibu kota, dia melayan lagu 'rentan'. Situasi itu mengingatkan saya ketika dia dikaitkan dengan Afifah. Saat itu dia gemar mendengar lagu jiwang.
"Selepas syak sesuatu berlaku, saya memberikannya pilihan sama ada untuk memperbaiki hubungan atau keluar rumah. Dia memilih untuk keluar rumah.
"Tak sangka pula, ada pihak yang menunjukkan kebenaran mereka keluar bersama ke kelab malam, awal pagi tadi di Bukit Bintang," katanya.
Sementara itu, Aliff enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Sumber: Berita Harian
BERITA BERKAITAN:
from The Reporter https://ift.tt/2EA3qVH
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment