Majikan wanita didakwa mendera pembantu rumahnya yang merupakan warga Indonesia semenjak mangsa baru bekerja dengannya dua bulan lalu, menyebab mangsa mengalami kecederaan termasuk patah hidung, lapor Asia One.
Jenny Chan Yun Hui, 41, juga memukul kepala mangsa dengan mangkuk sehingga berdarah dan menumbuk muka mangsa beberapa kali sehignga mata kirinya lebam dan pengelihatannya terjejas.
Chan mengakui bersalah di mahkamah atas tiga pertuduhan itu.
Mangsa, Rasi, 27, mula bekerja di kondominium Chan Jalan Tanjong Rhu, Singapura, Februari 2016.
Mangsa dikerahkan bangun jam 6 pagi setiap hari, sedangkan dia tidak cukup rehat dan selalu mengantuk ketika menjalankan tugas. Melihat keadaan Rasi begitu, Chan menjadi berang dan mula menderanya sejak April 2018.
Dalam satu kejadian, Chan tidak berpuas hati dengan mangsa yang tidak menyelesaikan tugasan paginya lalu diberi 'hadiah' penumbuk.
Chan juga memukul belakang kepala Rasi dengan mangkuk plastik dan berdarah. Selepas itu, dia menyimbah air pada luka mangsa dengan air mandian.
Selain itu, Rasi pernah ditumbuk bertubi-tubi di bahagian hidung/muka kerana berang dengan mangsa yang bangun lewat.
Chan menumbuk muka Rasi tanpa sebarang belas kasihan biarpun Rasi berkata dia ketika itu mengalami masalah pernafasan. Mangsa kemudian disahkan patah tulang hidungnya.
Sebelum ini Rasi pernah menyuarakan hasratnya untuk berhenti bekerja. Tetapi Chan pula mengugutnya, sekiarnya Rasi lari, dia akan memaklumkan perkara itu kepada polis dan berdepan dengan hukuman penjara 20 tahun.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Awam Kelly berkata, tertuduh menumbuk mata mangsa beberapa kali hingga kedua-dua mata mangsa bengkak dan tidak dapat melihat.
Atas nasihat pembantu rumah yang lain, Rasi keluar dari rumah dan pergi ke Kedutaan Indonesia untuk meminta bantuan.
Mahkamah dimaklumkan Chan mempunyai sejarah perubatan yang berkaitan dengan mental dan ekoran kejadian itu, Chan bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun dan juga denda.
from The Reporter https://ift.tt/2HbIR3s
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment