Susulan kenyataan dalam ceramah di Semenyih yang disifatkan menghina golongan pekerja syif malam dalam isu tol percuma yang dicadangkan oleh Kerajaan, Najib tampil memohon maaf dan menjelaskan dia tidak berniat untuk berbuat demikian.
Terdahulu, bekas perdana menteri itu menyindir cadangan kerajaan untuk memberi pelepasan tol di empat lebuhraya dari jam 11 malam hingga 5 pagi yang didakwa hanya memberi manfaat kepada kaki botol, kaki LGBT dan pelacur sahaja.
Kenyataannya itu secara tidak langsung mengguris pekerja syif malam seperti pemandu Grab, pemandu lori, pekerja binaan dan yang sewaktu dengannya.
"Bukan niat saya untuk mempersendakan sebarang kumpulan masyarakat yang bekerja pada waktu malam atau yang menggunakan lebuhraya tol selepas jam 11 malam.
"Jika anda tonton klip video ini dari sesi sembang santai saya malam semalam, saya hanya mengulangi apa yang diteriak oleh penonton yang berada di ceramah itu sebagai jawapan kepada soalan saya," kata Ahli Parlimen Pekan itu.
"Saya dengan rendah hati mohon maaf jika ada yang berasa tersinggung. Apapun, perkara pokok yang saya utarakan mengenai isu ini di ceramah berkenaan adalah jelas," katanya.
Sumber: MalaysiaKini
BERITA BERKAITAN:
- 'Tol percuma dari 11 mlm - 5 pagi, tahniah pengunjung kelab malam, GRO dan pelacur' - Reaksi netizen tetapi ditegur oleh lelaki ini
- (Video) 'Hantu, kaki botol, LGBT dan pelacur saja yang dapat manfaat tol percuma 11pm - 5am' - Najib
from The Reporter https://ift.tt/2BTbyyN
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment