Home » , » Curang dengan amah, isteri potong 'bebird' suami dan masak dengan mi segera

Curang dengan amah, isteri potong 'bebird' suami dan masak dengan mi segera

shamsulazlan | 21:40 | 0 comments

Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan yang tidak terkata selepas isterinya bertindak memotong kemaluannya dan kemudian di masak bersama mi. 

Menurut sumber dari pengguna Twitter @whitney_beryl berkata, wanita itu mendapati suaminya telah menjalinkan hubungan kelamin dengan pembantu rumah mereka. 

Berang mengetahui perkara itu, si isteri kemudian bertindak memotong kemaluan mangsa dan dimasak dengan mi segera sebelum merakam gambar tersebut serta dikongsikan di aplikasi Snapchat. 

Dalam kejadian berasingan, seorang wanita didakwa telah membunuh suaminya menggunakan 'frying pan' sebelum memotong kemaluan mangsa dengan menggunakan pisau dapur. 

Peguam, UDeme Otike Odibi, 47, didakwa membunuh suaminya, Sym, 50, yang ketika itu sedang bersiap untuk pergi ke United Kingdom dari Lekki, Nigeria. 

Suspek didakwa memotong kemaluan suaminya dan berkata kepada mayat mangsa bahawa dia kelihatan lebih baik tanpa zakar. 



Otike Odibi yang mempunyai kerakyatan British didakwa berkata, "Kalau zakar ini adalah satu sebab kamu rasa kamu mempunyai lesen untuk menaruh perasaan terhadap perempuan lain, lebih baik kita potong saja," katanya yang tidak mengaku bersalah di mahkamah. 

Sumber: Mirror.co.uk


from The Reporter http://bit.ly/2MQk59Y
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger