Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak kenaikan gaji kerana berpendapat ia antara faktor kenaikan kos sara hidup. Dr Mahathir percaya gaji tidak wajar dinaikkan dengan kerap.
“Anda naikkan gaji, sektor swasta akan ikut sekali, dan kos semua benda akan naik. Bukan begitu caranya mengurus organisasi,” katanya.
Beliau berkata, penggantinya dalam kerajaan terdahulu telah menambah bilangan pekerja kepada 1.6 juta orang berbanding 1 juta ketika pengundurannya pada 2003.
Katanya, beban itu kini diwariskan kepada kerajaan PH.
“Tambahan sebanyak 600,000 gaji untuk dibayar, dan mereka naikkan gaji kadang-kadang dua kali setahun. Mula-mula 10 peratus dan kemudian 10 peratus lagi,” katanya.
Pada 2003, ketika Dr Mahathir menamatkan penggalnya sebagai perdana menteri ke-4, kerajaan membelanjakan RM22 bilion untuk gaji penjawat awam. Pada 2016, angka itu naik berganda kepada RM76 bilion.
Sementara itu, pencen penjawat awam pada 2016 adalah RM19 bilion, berbanding RM5.9 pada 2003.
Dr Mahathir berkata, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang mengambil alih pentadbiran kerajaan pada 2003, dan Datuk Seri Najib Tun Razak memburukkan lagi beban itu dengan menaikkan gaji penjawat awam dalam usaha untuk ‘membeli kesetiaan mereka’.
“Apa yang mereka buat adalah beli kesetiaan penjawat awam dengan menaikkan gaji mereka, kadang-kadang sebanyak 25 peratus. Dari mana datangnya wang untuk itu? Anda dapat wang itu dengan mengecilkan belanja pembangunan.
“Anda berkata perkhidmatan awam tidak menjadi lebih cekap walaupun saiznya bertambah 60 peratus. Jadi produktiviti tetap sama, bukannya lebih baik,” katanya.
Beberapa hari sebelum pilihan raya umum 9 Mei, Barisan Nasional menjanjikan perkhidmatan awam kenaikan gaji pada Julai yang akan menelan belanja sebanyak RM1.46 bilion. Ia tidak dilaksanakan kerana kekalahan gabungan itu.
“Kami tak boleh buat (tunai janji itu) kerana kita tidak ada wang,” kata Dr Mahathir.
Sumber: Sinar Harian, Free Malaysia Today
from The Reporter https://ift.tt/2PePz9i
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment