Home » , » Muat naik komen sensitif, kakitangan Honda dipecat serta-merta

Muat naik komen sensitif, kakitangan Honda dipecat serta-merta

shamsulazlan | 05:56 | 0 comments

Gara-gara membuat kenyataan yang mengundang kemarahan masyarakat mengenai kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, kakitangan wanita di pusat edaran Honda Malaysia dipecat selepas digantung tugas beberapa hari lalu. 

Pengarah cawangan Honda Sri Utama Auto Sdn Bhd, Wong Chee Keong, berkata, siasatan mendapati wanita terbabit melanggar dasar syarikat dengan salah lakunya. 

"Kami ingin memberi makluman bahawa selepas siasatan dalaman dijalankan, pekerja itu didapati melanggar dasar syarikat dengan salah lakunya. Khidmat pekerja itu dengan Sri Utama Auto Sdn Bhd sudah ditamatkan serta-merta. 

"Kami sekali lagi ingin memohon maaf atas kesan yang berpunca daripadak omennya. Kami akan lebih memberi perhatian dalam melatih dan mendidik pekerja kami dengan nilai moral dan sikap hormat kepada semua pihak pada setiap masa," katanya. 

18 Disember lalu, Caryn Yean memuat naik komen yang dianggap tidak sensitif itu sehingga menyinggungkan banyak pihak di mana dia mengatakan kematian Adib bukan kerana kegagalan kerajaan, tetapi Tuhannya yang gagal menyembuhkan Adib. 

Akibatnya, tampil beberapa pihak membuat laporan polis terhadapnya untuk diambil tindakan sehingga pihak majikannya terpaksa tampil menggantung tugasnya untuk siasatan lanjut. 

Sumber: MalaysiaKini

BERITA BERKAITAN:
  • Padah buat komen tak sensitif mengenai Adib, kakitangan Honda digantung tugas


from The Reporter https://ift.tt/2V0yd44
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger