Home » , » 'Tiada seorang pun yang perasan benda tu...' - 1,001 misteri Gunung Ledang

'Tiada seorang pun yang perasan benda tu...' - 1,001 misteri Gunung Ledang

shamsulazlan | 07:21 | 0 comments

Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.

AKU nak kongsi kisah pengalaman abang aku naik puncak Gunung Ledang. Masa itu abang aku form 3, dia pergi daki Gunung Ledang dengan kawan-kawan dia dalam enam orang, termasuk cousin aku. 

Sebelum sampai ke puncak, abang aku dan group dia decide nak camping di area air terjun puteri sebab nak menikmati keindahan alam semulajadi di sana. Malam itu, diorang ambillah gambar kenang-kenangan. 

Masa nak ambil gambar, kawan abang aku yang jadi cameraman masa itu nampak cik pon berdiri di belakang kawan-kawan dia, siap peluk lagi. Tapi kawan-kawan dia tiada seorang pun yang perasan kewujudan cik pon itu. 

Dah berpeluh-peluh juga kawan abang aku yang jadi cameraman itu. Terus macam tak jadi nak snap gambar. Tapi disebabkan kawan-kawan yang lain dah mendesak, dia snap juga. 

Bila pulang ke rumah, diorang cuci gambar itu. Memang nampak gambar cik pon memeluk abang aku dan kawan-kawan dia. Nampaklah image perempuan berambut panjang, berbaju putih sambil mendepakan tangan memeluk semua orang yang bergambar sambil duduk pada masa itu. 

Abang aku tengok gambar itu, menggigil juga dia dan yang paling stress, ada 3-4 keping gambar diorang cik pon itu pun sibuk menumpang sama. 

Memandangkan ayah aku pun one of the staff di Gunung Ledang Resort itu, katanya kes itu normal. Ada yang lebih menyeramkan, belum lagi kes-kes di resort itu sendiri. 

Di Gunung Ledang itu tersimpan 1,001 misterinya. Sepanjang arwah ayah aku kerja di sana hampir 20 tahun, bermacam-macam cerita yang aku dah dengar. Ada satunya mengenai staff TM. 

Di puncak Gunung Ledang kan ada pencawang-pencawang TM. Jadi, adakalanya staff-staff under company ini akan pergi jenguk atau periksa pencawang diorang di sana. Diorang naik menggunakan kereta pacuan empat roda. 

Ada satu hari itu, aku nampak lelaki ini sebagai Man, diarahkan naik ke puncak untuk periksa pencawang itu dengan 2-3 orang kawan sekerja. 

So sedang diorang periksa pencawang di puncak itu, tiba-tiba diorang baru perasan si Man ini hilang. Diorang cari-cari tetapi tak jumpa. Last-last diorang contact Gunung Ledang punya management untuk arahkan pasukan renjer pergi tolong mencari Man. 

Selepas beberapa jam, masih gagal menemui Man. Bantuan helikopter siap datang untuk bantu kerja pencarian tetapi tak jumpa-jumpa juga sampai keesokkan harinya. 

Yang menjadi misteri, selepas subuh, Man tiba-tiba muncul di kawasan air terjun itu. Bila ditanya-tanya dia diamkan diri saja. Sehinggalah satu hari dia datang berjumpa dengan ayah aku di resort dan ceritakan misteri kehilangan dia pada masa itu. 

Dia kata dia berjumpa dengan Puteri Gunung Ledang. Puteri itu bawa dia sembahyang di istana dia. Dia kata, punyalah cantik sangat puteri itu, putih sampai nampak urat di muka. 

Katanya selepas sembahyang, puteri itu dengan dua hulubalangnya hantar dia turun ke bawah. Itu yang renjer terjumpa dia di air terjun terbaring seorang diri di atas batu. 

Ayah aku kata Man ini budak yang lurus, tak reti menipu. Jujur sangat. Mungkin itu rezeki dia nak jumpa. 

Sumber: Yokoono 


from The Reporter https://ift.tt/2Bo2hhc
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger