Berita Harian hari ini mengeluarkan laporan eksklusif kononnya ada desas-desus kononnya tiga pemimpin ini akan bergabung membentuk parti politik baharu yang akan mempengaruhi golongan belia.
Bagaimanapun, melalui Twitter, Rafizi menafikan dakwaan itu dan menegaskan pertemuan mereka hanya sekadar berbual perkara biasa.
Terima kasih @bharianmy buat liputan saya, @n_izzah & @Khairykj makan tengahari.https://t.co/lG8PAFoAoj— Rafizi Ramli (@rafiziramli) December 19, 2018
Langsung tak bincang lompat ka, buat parti ka.
KJ ajar saya mcm mana nak pakai filter Insta.
Izzah bg tips sekolah anak.
Saya bg tips mcm mana nak gemuk.
"Terima kasih @bharianmy buat liputan saya, Nurul Izzah dan Khairy makan tengah hari.
"Langsung tak bincang lompat ka, buat parti ka. KJ ajar saya macam mana nak pakai filter Insta. Izzah bagi tips sekolah anak. Saya bagi tips macam mana nak gemuk," tulisnya.
Dalam tweet itu juga, Rafizi meminta netizen mengajarnya bagaimana mahu membuatkan dirinya kelihatan kurus dalam gambar.
Tweet Rafizi itu membuatkan netizen terasa geli hati. Walaupun begitu, ada yang berharap gabungan tiga pemimpin ini direalisasikan dan pastinya akan mendapat sokongan yang tinggi daripada golongan muda yang mahukan negara ini dipimpin oleh pemimpin muda yang berani membuat perubahan.
@n_izzah & @rafiziramli PKR, @Khairykj pula UMNO. Kan lebih baik andai ada juga wakil dari Bersatu, PAS & Amanah yg boleh akrab begini & boleh sependapat dalam sesuatu isu. Agar demokrasi di Malaysia lebih matang.— JED (@JedMazli) December 19, 2018
Tak sabar nak tunggu gambar lunch yang akan datang. Nak tengok improvement lepas belajar guna filter dengan KJ tu.— Amirul Idham (@amirul_idhamAB) December 19, 2018
There you go! pic.twitter.com/q5o7NmUC4O— qsh (@aliatheqis) December 19, 2018
from The Reporter https://ift.tt/2GrhNyM
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment