Home » , » Guna produk kosmetik berbahaya dijual secara online, ibu lahirkan bayi cacat telinga

Guna produk kosmetik berbahaya dijual secara online, ibu lahirkan bayi cacat telinga

shamsulazlan | 04:14 | 0 comments

Sesetengah wanita sememangnya obses dengan kecantikan. Lambakan produk tempatan mahupun luar negara yang diiklankan menjadi tarikan kepada mereka untuk mendapatkannya tanpa mengetahui kesan disebaliknya. 

Pada awalnya, setiap produk yang mengandungi bahan kimia terlarang akan menunjukkan kesan yang drastik. Lama kelamaan pengguna akan mula sedar kesan buruk penggunaan produk tersebut.

Public Health Malaysia mendedahkan seorang bayi yang baru dilahirkan telah mengalami kecacatan telinga disebabkan oleh ibunya telah menggunakan produk Isotretinion selama dua tahun sehingga satu bulan hamil. 

Oleh yang demikian, wanita disarankan agar menyemak dahulu secara terperinci produk-produk yang ingin dibeli sebelum menjejaskan kesihatan mereka dan bayi dalam kandungan.

INI ADALAH PUNCA PRODUK ACNOTIN TIDAK BOLEH DIJUAL SECARA ONLINE!

SEORANG bayi yang baru dilahirkan dirujuk kepada pasukan pakar kanak-kanak untuk menjalani pemeriksaan lanjut berhubung kecacatan telinga. Cuping telinga kanan bayi tersebut terlalu kecil dan lubang telinganya boleh di lihat dengan jelas. Manakala telinga kiri hanya ada sedikit daging yang tergantung dan tidak mempunyai lubang telinga. 

Siasatan lanjut mendapati ibu bayi malang tersebut telah menggunakan produk Isotretinioin selama 2 tahun sehingga 1 bulan sebelum hamil. Keadaan ini di namakan sebagai Isotretinin Embryopathy.


Selain kecacatan telinga, kecacatan lain yang boleh berlaku adalah tulang dan struktur wajah, sumbing dan juga masalah sistem saraf.

Oleh kerana risiko Teratogenik iaitu kecacatan pada bayi, ubat yang mengandungi bahan aktif Isotrenionin perlu dikawal dengan ketat dan wajib mendapat pemerhatian doktor sebelum dan semasa di gunakan.

Terkini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  mengambil maklum tentang penjualan ubat terkawal produk Acnotin yang dijual secara dalam talian sama ada melalui media sosial.

Tanpa mendapat rujukan doktor dan tahu mengenai risiko Teratogenik kepada bayi, penjual berani menjual produk ubat terkawal ini secara online dengan berleluasa. Bagi meyakinkan pelanggan, testimoni digunakan untuk membuktikan keberkesanan produk.

FAST FACT

Bahan aktif Acnotin iaitu Isotretinoin. Isotretinoin dikelaskan sebagai Racun Kumpulan B di bawah Jadual Pertama Akta Racun 1952.

Pembekalan ubat-ubatan mengandungi racun Kumpulan B, Ahli Farmasi berlesen hanya boleh membekalkan ubat-ubat tersebut kepada pesakit melalui preskripsi yang sah yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan berdaftar, pengamal pergigian berdaftar atau pegawai veterinar.

Isotretinoin mempunyai kesan sampingan TERATOGENIK dan boleh menyebabkan kecacatan kelahiran. Penjualan Acnotin atau produk-produk yang mengandungi Isotretinoin secara dalam talian adalah dilarang sama sekali dan tidak sah di sisi undang-undang.

TINDAKAN KKM

KKM telah menubuhkan satu ‘task force’ yang berfungsi untuk melakukan ‘Internet-activity analysis’ termasuk memantau dan menyiasat mana-mana aktiviti penjualan produk farmaseutikal secara dalam talian termasuklah produk Acnotin.

Sehingga kini, sebanyak 50 laman sesawang dan media sosial berkaitan penjualan produk Acnotin telah disaring, dipantau dan diambil tindakan di seluruh Malaysia seperti sekatan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

KESEDARAN PENGGUNA

Kegilaan wanita terhadapat kecantikan sememangnya luar biasa. Sebelum ini, banyak perkongsian mengenai produk yang mengandungi merkuri yang sememangnya di ketahui menjejaskan buah pinggang dan memberi kesan kepada perkembangan otak anak anak. 

Informasi kami kongsikan, terserah kepada kebijaksanaan anda untuk mebuat pilihan menjauhi apa jua produk untuk kecantikan bertoksik.

ADUAN & PERTANYAAN

☑ Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di http://moh.spab.gov.my 

☑ Cawangan Penguatkuasaan Farmasi yang berdekatan ATAU melalui talian 03-78413200

☑ Semak status produk di http://npra.moh.gov.my/ ATAU hubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.



from The Reporter http://bit.ly/2QThdyB
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger