Home » , » 'Merengek nak ibu, sekali bapak dia datang terus senyap' - Bapa terpaksa pakai niqab untuk tenangkan anak buat netizen geli hati

'Merengek nak ibu, sekali bapak dia datang terus senyap' - Bapa terpaksa pakai niqab untuk tenangkan anak buat netizen geli hati

shamsulazlan | 06:51 | 0 comments

Bermacam-macam cara nak menenangkan si kecil dari menangis berterusan. Silap cara, pasti menangis lebih teruk lagi dan kalau terkena pula pada anak yang jenis rapat pada salah seorang ibu atau bapanya, jenuh nak memujuk. 

Tetapi bagi lelaki ini lain caranya. Hanya dengan kaedah menyamar menjadi isterinya saja sudah membuatkan anak kecil ini berhenti merengek. 

Gambar si suami memakai niqab demi memujuk si anak menjadi viral selepas dimuat naik oleh Farizah Jaafar di Facebooknya pada 18 Disember lalu. 


"Bila mak kau busy dengan order, Haqq pula merengek nak ibu. Sekali bapak kau datang, terus senyap. Mata Haqq pun tengok macam pelik, macam seram. 

"Selalu kalau ibu pakai niqab, sembang dengan Haqq, Haqq mesti senyum. Tiap kali ni bulat mata dia.

"Ini kalau bapak kau batuk, confirm kantoi. Macam-macam pujuk tak jalan. Ini jalan terakhir abi kau memujuk nak. Senang kerja mak lepas nih. Asal merengek nak ibu, abi sarung niqab. Haqq pun senyap," katanya. 

Sementara itu di media sosial, netizen terhibur dengan gambar viral itu dan memuji si bapa yang pandai mencari jalan untuk menenangkan anaknya. 

"Adoi, lelaki kreatif memang pelik. Hahaha! Mesti Haqq fikir, itu mak aku ke tu? Hahaha!" kata netizen. 


Menurut Farizah, mereka tidak menjangka gambar itu viral di media sosial dan gambar itu hanya dimuat naik ke Facebook peribadinya untuk tonton keluarga dan kenalan. 

Selain itu, Farizah juga menafikan dakwaan kononnya itu gambar itu adalah teknik marketing dan memohon maaf sekiranya gambar itu menyebabkan ada pihak yang tersinggung.


from The Reporter https://ift.tt/2UYLfPS
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger