Peguam dan aktivis sosial, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim, menyelar tindakan Syed Saddiq menyokong desakan agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waythamoorthy meletak jawatan ekoran kenyataannya berhubung insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, November lalu.
Dalam status di laman Twitternya, Siti berkata, Syed Saddiq sepatutnya bercakap bagi pihak seluruh rakyat.
Siti juga menyifatkan Syed Saddiq tidak akan bertahan lama dalam arena politik dan menegaskan Menteri Belia dan Sukan itu sebenarnya yang bermasalah, bukannya Waythamoorthy.
"Anda tidak akan kekal lama dalam politik sekiranya masih 'pilih kasih' dalam menyatakan sokongan.
"Anda sepatutnya mewakili keseluruhan rakyat Malaysia. Waytha tidak ada masalah, orang seperti kamu yang bermasalah," katanya.
Sementara itu, Syed Saddiq dalam respon terhadap tweet Siti Kasim, berkata, tindakannya tiada kena mengena dengan soal perkauman sama ada untuk kepentingan Melayu atau India, sebaliknya ia melibatkan isu nasional.
"Dengan rasa hormat, saya mengatakan ini bukannya isu Melayu atau pun India. Ini adalah isu Malaysia! Saya akan terus menyatakan pendapat saya dan membenarkan semua pihak untuk melakukan perkara sama.
"Cepat sahaja puan menyalahkan orang lain bersifat perkauman tetapi realitinya puan yang menyemai politik perkauman. Henti semai perkauman terhadap semua perkara," tegasnya.
Sementara itu di media sosial, netizen menyokong sepenuh tindakan Syed Saddiq.
Sumber: Utusan Online
from The Reporter http://bit.ly/2AhD9ZJ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment