Baru-baru ini tersebar di media sosial gambar seorang bapa yang mengendong anaknya mengundang rasa simpati orang ramai.
Ramai netizen menyangka lelaki itu terpaksa membawa anaknya sambil melaksanakan kerjanya sebagai rider City-Link kerana tidak mampu mengupah pengasuh atau tidak mampu menghantar anak ke pusat jagaan harian. Namun tanggapan netizen itu tidak tepat.
Adam (@ATMology) semalam menghubungi pihak City-Link Express berhubung gambar viral itu berjaya mendapatkan maklumat mengenai kakitangan terbabit yang bertugas di Cawangan City-Link Cheras.
Adam kemudian menghubungi Muhammad Ikhram Ahmad dan mahu menyalurkan bantuan kepadanya.
"Saya sendiri tak tahu nak cakap apa. Segan pun ada. Terima kasih banyak-banyak dengan sumbangan ini. Hanya Tuhan saja mampu balas apa yang awak buat," katanya.
Bagaimanapun kata Ikhram, dia tidak mahu orang salah sangka dan ramai yang salah faham dengan gambar viral.
"Saya sebenarnya dalam perjalanan nak hantar anak saya ke taska dan masa itu ternampak oleh hamba yang prihatin tentang masyarakat sekeliling.
"Jadi, saya minta maaf atas salah faham yang berlaku," jelasnya.
Menurut Ikhram, anaknya, Nur Chayra Ziaulhaq, baru berusia satu tahun.
Meskipun Ikhram berasa segan untuk menerima sumbangan itu, tetapi Adam tetap mahu beliau menerimanya dan menganggap sumbangan itu sebagai sedekah untuk anaknya.
from The Reporter http://bit.ly/2SvDkIc
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment