Sedaya upaya si ibu dan bapa menjaga aurat anak-anaknya biarpun mereka masih kecil. Namun tidak menyangka salah seorang anaknya telah menjadi mangsa serangan seksual di rumah pengasuh.
Kejadian yang didedahkan oleh Akhi Fairuz di Facebooknya semalam membuatkan ramai yang menasihatkan si ibu membuat laporan polis terhadap anak pengasuh berusia 13 tahun itu, biarpun ibunya merayu untuk tidak dilaporkan.
"Assalamualaikum tuan. Maaf mengganggu. Tuan, saya berada dalam situasi sukar. Anak kecil saya usia empat tahun mengadu anak pengasuh masukkan bebird dalam lubang d***rnya.
"Dia kata 'Abang Long cucuk... darah'. Apa yang perlu saya buat tuan? Adakah perlu terus report polis atau check dulu dengan doktor?" soal si ibu yang juga bimbang mengenai nasib bayi perempuannya berusia enam bulan dijaga oleh pengasuh berkenaan.
Si ibu pula bimbang jika anaknya hanya sekadar mengada-adakan cerita yang tidak betul.
"Selama ini saya sangat menjaga aurat anak-anak lelaki dan perempuan. Memantau mereka dari segi pergaulan sebab takut benda-benda begini berlaku. Sedihnya saya tuan," katanya.
Setelah diselidik, remaja berusia 13 tahun itu mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu. Namun ibunya pula memohon agar ibu mangsa tidak membuat laporan polis terhadap anaknya.
Tidak diketahui apa tindakan selanjutnya, ramai yang berharap ibu mangsa mengambil tindakan sewajarnya agar remaja terbabit dikenakan hukuman setimpal.
Sementara itu, Akhi Fairuz menasihatkan golongan ibu bapa mengajar anak-anak mereka mengenai sentuhan selamat dan tidak selamat bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku.
"Tolong ajar anak-anak apa itu sentuhan selamat dan tidak selamat. Anak-anak kena tahu bertindak kalau rasa tidak selesa apabila seseorang individu itu menyentuh tubuh badannya.
"Ingat tiga langkah ini dan ajarkan pada anak iaitu, jerit sekuat hati, lari dan mengadu mengenai apa yang berlaku.
"Bila nak ajar? Seawal yang boleh. Bila anak dah faham arahan kita, terus sahaja ulang-ulang perkara ini. Lama kelamaan dia akan faham. Mulakan dahulu dengan memberi nama yang sebenar kepada kemaluan yang lelaki dan perempuan.
"Mana-mana ibu bapa yang ada anak kecil pasti rasa tersentak jika kejadian seperti ini berlaku pada anaknya. Kita dah jaga dia elok-elok, didik baik-baik tapi ada orang lain yang rosakkan!
"Sebab itu kalau ada ibu bapa yang mengadu pada saya tentang perkara ini, yang pertama saya akan minta mereka percaya dahulu apa yang anaknya sampaikan.
"Anak-anak sebesar ini takkan sekali-kal imenipu apabila bahagian sulitnya seperti bibir, dada, punggung dan kemaluan disentuh, diraba apatah lagi dimasukkan zakar," katanya.
Sumber: Akhi Fairuz Al Jengkawi
from The Reporter http://bit.ly/2SrKlty
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment