Home » , » Wanita dipenjara 6 tahun kerana buat hubungan kelamin dengan anak angkatnya 7-8 kali

Wanita dipenjara 6 tahun kerana buat hubungan kelamin dengan anak angkatnya 7-8 kali

shamsulazlan | 07:26 | 0 comments

Wanita berusia 26 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun selepas didapati bersalah kerana mengadakan hubungan kelamin dengan anak angkatnya yang berusia 17 tahun, lapor Daily Mail. 

Pekerja sosial dari Florida, Lauren Michelle Myres, ditahan pada awal tahun ini dan didakwa mengadakan hubungan kelamin dengan mangsa kira-ira tujuh hingga lapan kali antara 26 Mac hingga 30 Mei.

Difahamkan, Myres telah berkahwin ketika mempunyai hubungan sulit dengan mangsa. Myres dan suaminya bagaimanapun bercerai sembilan hari selepas dia ditahan polis, selain turut dipecat oleh majikannya. 

Myres terdahulu ditugaskan untuk mengendalikan kes mangsa ketika bekerja di Family First Network sebelum mengambil keputusan untuk mengambil mangsa sebagai anak angkat. 

Ketika disoal siasat, Myres berkata dia tahu perbuatannya itu salah namun tetap meneruskan hubungan kelamin itu. 

Tertuduh juga ada memberitahu mangsa bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah salah dan menyedari mangsa berusia 17 tahun. 

Mangsa pula berkata, dia merasakan hubungan mereka tidak menyalahi undang-undang kerana dia tidak dirogol serta dia sudah mendekati usia 18 tahun. 

Myres bagaimanapun tidak membuat rayuan terhadap hukuman yang dikenakan itu dan dia didakwa atas kesalahan seksual dan menjalani hukuman penjara selama enam tahun. 

Mahkamah menetapkan Myres perlu menjalani kaunseling selepas dibebaskan kelak serta dilarang mendekati termasuk menghubungi mangsa. - Daily Mail


from The Reporter http://bit.ly/2EDCHYJ
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger