Home » , » Arab Saudi jatuhkan hukuman mati terhadap pekerja Indonesia yang membunuh majikan yang cuba merogolnya

Arab Saudi jatuhkan hukuman mati terhadap pekerja Indonesia yang membunuh majikan yang cuba merogolnya

shamsulazlan | 19:46 | 0 comments

Rakyat Indonesia mengecam tindakan kerajaan Arab Saudi yang menjatuhkan hukuman mati terhadap warganya yang bekerja di negara itu, Tuti Tursilawati, tanpa memaklumkan kepada Kerajaan Indonesia terlebih dahulu. 

Tursilawati dijatuhkan hukuman mati pada 2011 kerana didakwa membunuh majikannya. Ibu kepada dua orang anak itu mendakwa, dia berbuat demikian kerana mahu mempertahankan diri selepas majikannya menyerangnya secara seksual. 


Perlaksanaan hukuman itu dilakukan pada 29 Oktober lalu di bandar Ta'if, Arab Saudi. 

Sementara itu, Presiden Indonesia Joko Widodo menuntut penjelasan dari Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir, mengapa Jakarta tidak dimaklumkan mengenai perancangan mereka untuk melaksanakan hukuman itu terhadap Tursilawati. 

"Kami telah menghubungi menteri luar Arab Saudi dan menyatakan protest kami," kata Jokowi yang disampaikan oleh setiausaha kabinetnya. 



"Kerajaan Arab Saudi mengabaikan prinsip hak kemanusiaan, termasuk hak semua orang untuk terus hidup," kata Abidin Fikri, Ahli Parlimen Indonesia. 

Kes Tursilawati dijatuhkan hukuman mati adalah kes keempat dalam tempoh tiga tahun di mana Kerajaan Arab Saudi gagal memaklumkan kepada Jakarta sebelum melaksanakan hukuman tersebut dan jumlah keseluruhan warga Indonesia (pekerja) dihukum mati di bawah undang-undang negara itu adalah 18 orang. 

Sumber: Next Shark


from The Reporter https://ift.tt/2qoxRXd
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger