Home » , » Mahkamah perintah doktor gigi bayar RM2.99 juta kepada ibu yang membesarkannya

Mahkamah perintah doktor gigi bayar RM2.99 juta kepada ibu yang membesarkannya

shamsulazlan | 18:40 | 0 comments

Mahkamah Tinggi di Taiwan telah memerintah seorang doktor gigi membayar ibunya sebanyak TW$22.33 juta (RM2.99 juta) sebagai pembayaran balik kos yang dibelanjakan oleh wanita itu untuk menjaga dan mendidiknya, lapor Business Standard

Keputusan itu dibuat Mahkamah Agung negara itu itu kelmarin selepas mengekalkan keputusan sebelum ini yang memerintahkan doktor gigi berkenaan yang menggunakan nama keluarga CHu, 41, perlu mematuhi kontrak perjanjian pembayaran balik semua kos yang dikeluarkan oleh ibunya untuk membesarkannya. 

Difahamkan, Chu dan ibunya yang menggunakan nama keluarga Lo telah menandatangani kontrak perjanjian itu 20 tahun yang lalu. 

Lo telah bercerai dengan suaminya pada tahun 1990 dan membesarkan dua anaknya seorang diri.

Bimbang tiada sesiapa yang akan menjaga dan menguruskannya di hari tua kelak, Lo menandatangani kontrak tersebut dengan anak-anaknya selepas kedua-duanya berumur 20 tahun dan menetapkan bahawa mereka harus membayar 60% daripada pendapatan bersih mereka kepadanya. 

Lo juga mendakwa anak-anaknya telah mengabaikan dirinya selepas mereka berdua memulakan perhubungan dengan teman wanita masing-masing. Malah teman wanita anak-anaknya turut menghantar surat melalui peguam mereka yang menuntut Lo tidak menganggu anak-anaknya. 

Lo memfailkan saman itu sejak lapan tahun lalu apabila kedua-dua anaknya itu enggan mematuhi kontrak yang telah dipersetujui. Anak sulungnya akhirnya membayarnya sebanyak TW$5 juta untuk menyelesaikan kes tersebut. 

Sementara itu, anak bongsunya pula mendakwa kontrak itu tidak masuk akal kerana tugas membesarkan anak tidak sepatutnya diukur dari segi kewangan, dan Chu kemudian membawa perkara itu ke mahkamah untuk menentang tindakan ibunya itu. 

Lo terpaksa membuat rayuan di Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Rendah membuat keputusan yang memihak kepada Chu. 

Bagaimanapun, Mahkamah Agung berkata kontrak itu sah kerana Chu adalah orang dewasa apabila diminta untuk menandatangani kontrak tersebut dan sebagai doktor gigi, dia juga mampu membayar ibunya. 

Difahamkan, kes-kes pengabaian warga emas di Taiwan semakin meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang mendorong undang-undang menjatuhkan hukuman penjara terhadap orang dewasa yang gagal menjaga orang tua mereka. 


from The Reporter http://ift.tt/2lR8YAD
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger