Pelbagai langkah-langkah dan usaha telah diambil bagi mengelakkan kes buang bayi atau remaja terjebak dalam seks bebas. Malangnya saban tahun jumlah kes meningkat dan semakin membimbangkan ibu bapa.
Kemunculan pelbagai aplikasi di telefon pintar juga banyak disalahgunakan oleh anak-anak sehingga terjebak dalam gejala sosial. Entah di mana silapnya, namun ibu bapa perlu mengambil inisiatif dan kerap memantau pergerakan dan aktiviti anak masing-masing.
WAHAI anak-anak gadis. Sedih dengar perkongsian dari rakan doktor. Remaja berumur 20 tahun datang ke klinik beliau. Bila nombor giliran dipanggil, seorang remaja masuk tanpa ditemani oleh sesiapa dengan muka yang penuh tanda tanya. Dia enggan duduk walaupun dipelawa, tiba-tiba menangis teresak-esak.
"Doktor, saya dah tiga bulan tidak datang haid. Saya beli alat pregnancy test di farmasi menunjukkan tanda positif," katanya.
Doktor dah boleh menjangka, remaja itu mengandung tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Doktor ambil test stick dalam laci, minta jururawat temankan remaja itu ke tandas dan bawa kembali berjumpa dengannya selepas itu. Ya, ada kehadiran hormone HCG kelihatan.
Doktor meminta remaja itu baring untuk ultrasound. Degupan jantung janin jelas terpapar di skrin mesin ultrasound. Sahih! Menunjukkan remaja ini mengandung!
"Doktor tolong saya, ada tak ubat untuk gugurkan bayi ini? Saya tengok ubat ada dijual di internet, tetapi saya takut nak beli bila baca kesan sampingan hingga tumpah darah," katanya.
"Adik, saya takut dipersoalkan kelak kerana membunuh bayi ini. Jangan gugurkan, doktor bantu adik. Cuma doktor nak tanya, di mana 'ayah' bayi ini?"
"Dia tak nak bertanggungjawab. Dia minta saya gugurkan. Dia sekarang kerja di negara jiran dan dia yang bagi duit pada saya," katanya.
Kes ini berlarutan sehingga melibatkan keluarga dan pihak lain. Keluarga menerima dengan hati yang kecewa setelah beberapa kali dipujuk oleh doktor.
Tuan puan, risaulah kita. Saban tahun berita remaja melahirkan bayi luar nikah, dibuang dalam tong sampah, dibuang dalam semak samun. Itu belum lagi kes ditangkap khalwat di hotel-hotel di ambang tahun baru.
Di manakah kita di saat mereka berasmara di hotel-hotel?
Tuan puan, didiklah anak-anak lelaki menjadi da’i الله. Sibukkan mereka dengan program dakwah. Didiklah anak-anak lelaki sebagai pelindung kepada wanita.
Didiklah anak-anak gadis kita dengan SIFAT MALU. Malu untuk dedah aurat, malu jika didekati lelaki. Malu untuk bergurau senda dengan lelaki.
Ya الله selamatkanlah anak-anak kami dari segala maksiat.
Ya الله jadikanlah kami ibu bapa yang baik didikannya, yang baik akhlaknya terhadap anak-anak.
Wahai anak gadis, jangan mudah terpedaya dengan tipu daya si jantan durjana. Kononnya sayang kamu sedangkan setiap hari memancing untuk menodaimu.
Wahai jejaka hensem. Jika kamu menyintai mereka, kamu tidak akan meminta untuk lihat aurat mereka, kamu tidak akan mencari peluang untuk berdua-duaan dengan mereka.
IKHLAS
#LelakiBurQa
from The Reporter http://ift.tt/2AjGxAB
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment