Home » , » McDonald’s Malaysia Nafi Salur Dana Ke Israel

McDonald’s Malaysia Nafi Salur Dana Ke Israel

shamsulazlan | 00:37 | 0 comments

KUALA LUMPUR- McDonald’s Malaysia menafikan dakwaan ia terlibat dalam penyaluran dana kepada Israel dan kecewa dengan saranan segelintir pihak untuk memboikot francais restoran makanan segera itu, susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Menerusi satu kenyataan di Facebook semalam. McDonald’s Malaysia berkata mereka tidak menyokong atau terbabit dalam sebarang konflik politik mahupun keagamaan di mana-mana negara.

Mereka menyifatkan dakwaan yang disebarkan melalui WhatsApp itu sebagai palsu dan fitnah.

“Kami menganggap tuduhan sedemikian sebagai fitnah dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab, yang terus menyebarkan pembohongan melalui platform media sosial dan saluran-saluran lain.”

Rabu lalu, Presiden Donald Trump mengisytiharkan Kedutaan AS di Tel Aviv akan dipindahkan ke Baitulmaqdis, dalam langkah untuk mengiktiraf kota suci kepada 3 agama itu sebagai milik Israel.

Tindakan itu mencetuskan protes besar-besaran di seluruh dunia, termasuk di Malaysia yang disertai ribuan orang berkumpul di luar Kedutaan AS di Jalan Tun Razak, Jumaat lalu.

 

The post McDonald’s Malaysia Nafi Salur Dana Ke Israel appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2jy5O7M
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger