CHINA - Baru-baru ini, seorang pemandu teksi terkejut dengan kejadian yang melibatkan penumpangnya melahirkan bayi dalam hutan.
Sebelum kejadian itu, pemandu teksi berkenaan telah mengambil penumpangnya yang berusia 15 tahun pada jam 2.30 petang ke hospital.
Lapor China Press, di pertengahan jalan remaja perempuan itu berkata dia mahu menggunakan tandas, lalu pemandu teksi terbabit memberhentikan teksinya di tepi jalan dan meminta gadis itu 'melepaskan' niatnya dalam hutan berhampiran.
Selepas menunggu selama 10 minit, remaja itu masih tidak kelihatan menyebabkan pemandu teksi mula mencarinya. Bagaimanapun, semakin jauh ke dalam dia terdengar suara tangisan bayi.
Alangkah terkejutnya pemandu teksi itu menemui remaja berkenaan dengan tangan dan badannya berlumuran darah serta seorang bayi yang baru lahir berada di sisinya.
Pemandu teksi itu segera menghubungi polis untuk meminta bantuan. Polis kemudian juga memaklumkan kejadian itu kepada pihak ambulans untuk membawa si ibu dan anaknya itu ke hospital.
Sehingga kini, remaja berkenaan enggan mendedahkan siapa bapa kepada bayinya itu, malah enggan berkongsi maklumat diri dan keluarganya kepada pihak polis.
Polis masih menjalankan siasatan terhadap kes itu. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2rufvFE
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment