Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 2.21 petang di sebuah kedai pakaian di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), suspek berpura-pura membelek-belek pakaian sebelum menghampiri mangsa bersama teman lelakinya yang sedang leka memilih pakaian yang digemari.
Suspek kemudian pergi ke belakang mangsa dan cuba membuka zip beg sandangnya tanpa disedari oleh teman lelaki wanita muda itu.
Selesai memilih pakaian, pasangan itu kemudian pergi ke tempat lain dan diekori oleh suspek.
Menurut Nor Ridah Munir, anak perempuannya juga baru mengalami kejadian yang sama malam tadi. Namun dompetnya berjaya diperolehi semula.
"Anak saya baru kena malam tadi. Dia ambil duit, kemudian dompet disorok dalam timbunan kain. Nasib baik ada yang jumpa dan hantar ke kaunter.
"Menurut anak saya, 'makcik' inilah yang mengekori dia sampai tiba-tiba dompetnya hilang sewaktu mahu membuat pembayaran di kaunter," katanya yang juga memaklumkan suspek mula melakukan kegiatan itu secara agresif sejak tiga hari yang lalu.
Sebanyak 11 buah dompet berjaya ditemui namun wang di dalamnya telah diambil oleh suspek.
Orang ramai, terutamanya golongan wanita dinasihatkan agar lebih berhati-hati bila berkunjung dan berbelanja di Jalan TAR sempena musim perayaan yang hampir tiba.
Elakkan membawa beg tangan atau beg sandang kerana suspek dipercayai menyasarkan golongan wanita yang membawa dua beg berkenaan. Sebaliknya, bawa dompet dan letakkan di bahagian poket hadapan bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.
from The Reporter http://ift.tt/2suerAg
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment