Gambar lelaki hadiahkan kereta Honda City kepada tunangnya menjadi bualan hangat netizen di media sosial semalam. Ramai gegadis yang berkata, "Manalah nak cari lelaki yang baik seperti ini,". Alhamdulillah, rezeki cik tunang kan.
Tetapi jangan pula kita mudah terpengaruh dengan trend di media sosial. Menurut Azizul Azli Ahmad, adalah lebih baik belikan rumah untuk si dia, berbanding kereta. Ini kerana harga rumah semakin hari semakin naik dan kereta pula sebaliknya.
"Mahukah kita nilai cinta 'mereka' ini susut bersama dengan apa yang kita berikan?"
Deep tak? Tak cukup deep? Baik, cuba fahami apa yang cuba dijelaskan oleh beliau di bawah.
1. Lelaki zaman ini semakin romantik. Bukannya seperti zaman dulu-dulu lagi. Tahniah kita semakin berilmu.
2. Teknologi zaman ini memberi peluang kepada kita berkongsi 'kasih sayang' pada insan yang kita suka dan sayang.
3. Cuma pesan saya, hati-hati kerana ada yang suka dan ada yang benci. Maklumlah tak mampu lagi. Nak beri duit pada ibu bapa pun masih berkira berapa baki.
4. Cadangan saya, jika kita benar-benar cinta, jangan beli kereta. Semakin cantik kereta itu, semakin tinggi nilainya. Semakin besar nilai susutnya.
5. Kereta import mempunyai nilai susut sekitar RM15,000 hingga RM20,000 setahun. Mahukah kita nilai cinta 'mereka' ini susut bersama dengan apa yang kita berikan?
6. Cadangan saya, jika cinta giler, belikan saja sebuah rumah kecil dan sederhana. Jika mampu beli istana, barulah cintam ekar selama-lamanya di dada.
7. Rumah ini setiap tahun ada peningkatan nilai. Di sesetengah kawasan, kenaikkan hartanah sehingga RM30,000 setahun.
8. Jika kita belum mampu, belikan hadiah sijil takaful bernilai RM500,000 atau yang kita mampu.
9. Cinta itu bukan hanya waktu hidup berkereta atau baru sahaja. Cinta abadi itu sampai mati. Jika kita dijemput illahi, kita wariskan sebuah rumah yang baik dan selesa untuk cinta hati kita solat dan berdoa di dalamnya.
10. Saya tak cemburu dengan apa yang orang lain lakukan. Cuma perlu perbaiki pemberian itu agar menjadi contoh yang baik buat orang lain ikuti. Kata sayang isteri!
11. Belilah sesuatu yang beri kebaikkan kepada masa depan pasangan cinta kita. Budaya memberi ini sangat baik tetapi lihat apa keutamaan berumah tangga.
Sila kongsikan agar ramai lelaki dan wanita faham apa itu aset dan apa itu liabiliti.
Salam akhir Ramadan
Azizul Azli Ahmad
#SayaPernahHadiahTapiSayaSembunyikanAgarOrangTakJelos
from The Reporter http://ift.tt/2tM2YeR
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment