Home » , » Orang Sarawak, jangan biadab dengan orang Semenanjung - Papa Gomo

Orang Sarawak, jangan biadab dengan orang Semenanjung - Papa Gomo

shamsulazlan | 18:10 | 0 comments

PUTRAJAYA - Netizen khususnya rakyat Sarawak menyelar kenyataan biadab dan kurang ajar Wan Muhammad Azri bin Wan Deris atau Papa Gomo yang mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya terhadap negeri itu berhubung isu cukai pelancongan yang bakal dilaksanakan 1 Julai ini. 

Dalam kenyataannya, Papa Gomo mengakui dia menyokong usaha Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Seri Nazri Aziz, melaksanakan cukai pelancongan yang dikatakan akan memberi manfaat kepada semua negeri. 

Berikut kenyataan Papa Gomo dalam video viral tersebut:

Semalam saya mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan Datuk Seri Nazri Aziz yang bertelagah pendapat dengan seorang menteri pelancongan Sarawak dan saya membuat kenyataan menyokong Datuk Seri Nazri Aziz kerana saya melihat balik pada awal tahun lalu bahawa persetujuan telah dibuat oleh Kabinet. Setelah dibuat dan mendapat kelulusan daripada Parlimen untuk mengutip cukai dan cukai ini juga adalah untuk membantu pelancongan negeri masing-masing untuk bantuan kewangan kerana selama hari ini bantuan pelancongan setiap negeri diberikan oleh federal yang mana duit rakyat digunakan untuk industri pelancongan.


Jadi dengan mekanisme terbaru ini yang mana caj-caj katil-katil ini mengikut bintang atau rate hotel tersebut, ianya membantu untuk industri pelancongan bagi setiap negeri yang terlibat. Saya dengar sendiri video dari Datuk Seri Nazri Aziz bahawa 75% pendapatan daripada hasil cukai yang akan dikenakan adalah daripada semenanjung, bukan Sabah dan Sarawak. 

Apabila saya mengeluarkan kenyataan tersebut, saya melihat banyak komen-komen yang dikeluarkan oleh Sarawakian yang menghina orang Semenanjung. Macam inilah gais, saya orang Semenanjung, saya lahir di Kelantan, membesar di Johor. Saya kerap kali ke Sarawak pada waktu lalu dan saya pernah dilarang masuk ke Sarawak. Tetapi saya tidak marah pada Sarawak kerana pada saya Sarawak adalah sebuah negeri yang cantik, punyai hasil bumi yang menarik. Namun dengan komen-komen yang saya rasa biadab dan kurang ajar daripada orang Sarawak ini yang menghina orang Semenanjung, saya rasa saya patut bercakap. 

Monopoli perniagaan di Sarawak, monopoli segala hasil bumi Sarawak dimonopoli oleh Sarawakian, bukan orang Semenanjung. Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh orang Sarawak bahawa hasil bumi mereka dirembat oleh Semenanjung itu adalah tidak betul kerana hari ini kita tahu bahawa orang Sarawak telah melakukan banyak oil dan gas, balak, sawit, malah Lebuhraya Pan Borneo yang diluluskan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dimiliki oleh orang Sarawak. Jadi bila perkara ini berlaku mengatakan orang Semenanjung merompak Sarawak, itu adalah biadab. Orang Sarawak, jangan biadab dengan orang Semenanjung. 

Kami orang Semenanjung pergi ke Sarawak pakai passport, ambil pass. Orang Sarawak datang Semenanjung tak perlu itu semua, kami tak marah kerana kita hidup sejak merdeka hingga ke hari ini dengan aman. Orang Sarawak juga membuat tuduhan mengatakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional hari ini bergantung kepada Kerajaan Sarawak.

Orang Sarawak lupa bahawa kerana Kerajaan Melayu hari inilah majoriti 28% Melanau dan Melayu di Sarawak berkuasa hingga ke hari ini. Segala bentuk kutipan cukai dan pendapatan yang diraih oleh kerajaan Sarawak tidak diambil oleh Kerajaan Pusat, malah semenjak Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri, beliau acapkali turun ke Sarawak untuk memberikan bantuan. Dan setiap kali beliau turun, bermacam-macam benefit diberikan kepada rakyat Sarawak. Jadi orang Semenanjung marah? Tidak. Tetapi orang Sarawak ini tidak habis-habis mendakwa hasil bumi mereka telah dirompak dan diambil orang Semenanjung. Sarawak miskin disebabkan Semenanjung. 

Gais! Gais! Gais! 

Sarawak sebuah negeri yang aman, cantik, kaya dengan hasil bumi. Namun orang Sarawak sendiri yang gagal mengurus tadbir negeri Sarawak itu sendiri. Saya tidak mengatakan bahawa kerajaan yang ada hari ini salah. Namun kerajaan yang ada hari ini sepatutnya menjelaskan kepada rakyatnya bahawa peruntukan yang diberikan oleh federal, Datuk Seri Najib kepada kerajaan negeri digunakan dengan bermacam-macam cara. Pan Borneo. Malah ada komen semalam mengatakan bahawa Rain Forest dibuat oleh Sarawak. Gais! Memang betul dianjurkan oleh Sarawak setiap tahun tetapi Kerajaan Persekutuan melalui Menteri Pelancongan juga memberikan bantuan kepada Rain Forest untuk menganjurkan event tersebut.

Jadi hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan adalah amat kukuh. Namun sentimen-sentimen yang dimainkan oleh pemimpin Sarawak beberapa tahun ini, saya merasakan sungguh biadab dan kurang ajar. Pemimpin Sarawak seharusnya sedar bahawa tanpa persekutuan mereka juga tidak akan dapat melaksanakan bermacam-macam program. Jadi kerjasama ini harusnya dibuat dengan baik dan usahlah bercakap dengan menanam sentimen-sentimen kebencian terhadap orang Semenanjung. 

Saya orang Semenanjung dan ramai lagi orang Semenanjung yang marah kerana Sarawakian tidak habis-habis melabelkan itu dan ini kepada kami, orang Semenanjung. 

Tan Sri Bustari, pemilik Pan Borneo, dan beliau adalah tycoon yang menguruskan banyak monopoli perniagaan di Sarawak. Kenapa orang Sarawak tak tanya pada beliau? Atau adiknya, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof di mana hasil bumi Sarawak? 

Cerita-cerita yang mengatakan orang Semenanjung ini rompak, samun hasil negeri Sarawak adalah tidak betul. Sarawak diurustadbir oleh orang Sarawak sendiri. 

Saya bukan nak cakap besar, isteri saya orang Sabah. Apabila saya pergi ke Sabah, saya melihat perbezaan yang ketara antara Sabah dan Sarawak. Sabah jauh lebih maju dari Sarawak. Sabah lebih maju berbanding negeri Sarawak. Jadi orang Sarawak tak payah kita nak sembang orang Semenanjung itu dan ini. Kita masing-masing cari makan, kita pergi Sarawak, ada kita boleh cari makan. Orang Sarawak datang ke Semenanjung pun kita sama-sama cari makan. 

Jadi, cerita-cerita nak ugut, nak keluar dari Malaysia ini. Saya tidak ada kuasa untuk menghalang orang Sarawak nak keluar dari Semenanjung kerana pada saya Sarawak tidak akan keluar dari Semenanjung. Jika Sarawak keluar dari Malaysia, kerana banyak musibat yang berlaku kerana tuntutan ke atas Sarawak dibuat oleh beberapa buah negara lain dan saya rasa ramai orang Sarawak hari ini buta dan tidak faham maksud Sarawak itu sendiri. 

Saya bukan nak bergaduh dengan orang Sarawak. Saya sayang Sarawak dan saya pernah ada skandal saya, girlfriend saya orang Sarawak, saya bercinta dua tahun dengan orang Sarawak. Saya sayang Sarawak, saya suka makan midin belacan. Namun isu yang nak bergaduh hari ini, saya rasa lupakanlah. Sarawak for Sarawakian itu you punya pasallah tapi tak payah hina kami orang Semenanjung. Kami orang Semenanjung ini bukan miskin pun. Kami sendiri pun cukup makan. Kami di sini boleh kerja dengan baik. 

Jadi gais, cukuplah cerita-cerita pasal ugut-ugut orang Semenanjung itu ini, nak potong kepalalah. Tak payah nak ugut potong kepala. Kita ini orang Malaysia, Sabah, Sarawak, Semenanjung orang Malaysia patut berfikir dengan matang kerana setiap yang berlaku hari ini adalah berpunca dari kerajaan masing-masing. Rakyat Sarawak harus bertanya dengan kerajaan negeri Sarawak berapa banyak peruntukan yang telah diberikan oleh Datuk Seri Najib kerana beliau telah banyak membantu Sarawak dan orang Sarawak harus sedar bahawa tanpa persekutuan mereka juga tidak akan pergi dengan lebih jauh. 


Saya harap isu ini habis di sini dan ini adalah video terakhir daripada saya mengulas isu Sarawak. InshaAllah saya akan turun ke Sarawak bulan depan, jadi saya harap janganlah marah-marah kalau saya turun ke Sarawak. Saya harap kita boleh sama-sama makan midin belacan. 

Sarawakian, kami orang Semenanjung tak rompak you all eh. Jangan biadap


from The Reporter http://ift.tt/2rYyY14
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger