Ini adalah kisah sebuah keluarga di bulan ramadhan. Walaupun kedai tengah busy, tetapi aku nak share juga cerita ini. Aku tersentuh.
Satu keluarga bahagia masuk kedai aku. Suami, isteri dan empat orang anak. Tiga perempuan dan seorang lelaki. Selepas itu ada satu lagi bayi comel.
Seperti biasalah bila ada pelanggan masuk kedai, staff aku pun layanlah seperti biasa. Carikan saiz kasut yang sesuai untuk anak-anak mereka. Ada yang nak jubah, baju kurung bagai. Pasangan itu kata, tema raya mereka tahu ini warna biru. Tak kisahlah sama ada biru royal atau biru gelap, asalkan warna biru. Jadi aku suruhlah staff aku layan.
Anak-anak dia seperti biasa, budak-budak hyper sikit lari sana sini. Nak yang itu, nak yang ini. Tapi tak apalah, bukan nak cerita tentang budak-budak itu pun.
Mula-mula, dia suruh carikan baju untuk anak-anak dia dulu. Bila bahagian anak dah selesai lalu disuruhnya kira berapa jumlah semua. Aku terus nak scan harga, tetapi dia kata jangan scan dulu dan kira gunakan kalkulator sebab nak tahu berapa total. Aku pun kiralah sekian-sekian bagi diskaun segala bagai.
Dah habis kira, aku tunjukkan dia jumlah keseluruhannya RM300 lebih begitu. Kemudian lelaki itu diam seketika.
"Akak dengan abang tak nak ke baju satu set sekali?"
Si suami undur ke belakang sikit sambil menarik isterinya.
"Sayang nak baju apa, sayang pilihlah. Ambil yang satu set sama dengan anak-anak," katanya.
"Eh? Abang tak nak ke? Abang punya, tak beli?" soal isterinya.
"Tak apalah sayang, bajet tak cukup ni. Bonus tak banyak tahun ni," balas suami.
"Tak apa bang, sayang punya baju elok lagi. Baju Melayu abang belilah, setahun sekali saja ni set dengan anak-anak. Sayang dah ada warna yang sama," pujuk isterinya.
Aku bukanlah saja nak pasang telinga ke apa, cuma akuterdengar saja apa yang mereka bualkan itu. Tetapi aku diam saja tak cakp apa-apa, tak nak masuk campur.
Kemudian lelaki itu datang ke kaunter, "Dik, tolong carikan baju untuk isteri abang. Kalau boleh yang sama warnalah. Satu set sekali," katanya.
Aku pun suruh staff carikan. Dah dapat satu set untuk isteri, kemudian isteri dia kata,
"Tak apalah, abang ambillah baju Melayu satu set. Duit raya saya tahun ini tak payah pun tak apa," pujuk isterinya lagi.
Aku dah tersentuh pula malam-malam ramadhan mulia ini. Aku tanyalah "kenapa kak?" buat-buat macam tak dengar apa-apa.
"Tak ada apa dik. Bajet tak cukup ni. Banyak nak kena beli. Ingat nak lepaskan anak-anak saja dulu. Tapi plan memang nak sedondon satu keluarga," katanya.
"Tak apalah, macam ni. Abang pilih saja kurta yang mana abang nak. Saya ada kain yang sama warna, sama jenis. Tentang harga, abang jangan risau. Pilih je dulu," aku suruh dia pergi pilih.
"Eh tak apa dik. Kira saja yang dah ada ini,"
"Tak apa bang, bang cuba saja dulu saiz abang yang mana okay. Ada je warna sama ni," aku ambil satu saiz yang agak-agak sesuai dengan badannya untuk dicuba. Dia kata saiz itu okay, isteri dia pun kata baju itu cantik.
Lepas itu, dah kira semua sekali dengan pakaian anak-anak dia, aku scan dan tunjuk harga satu persatu. Kemudian scan sekali set pakaian isterinya sampailah tinggal kurta itu.
"Kurta ini berapa dik?" soal si suami.
Aku terus masukkan dalam plastik.
"Tak apalah bang, kurta ini saya tak kira. Ini untuk keluarga abang. Saya kira yang dah discan je," kata aku.
Si suami jadi seperti serba salah pula.
"Eh, tak apa dik. Abang punya tak payah,"
"Tak apa bang, saya ikhlas bla...bla... bla... dan selamat hari raya bang,"
Anak dia salam cium tangan aku. Aku rasa puas. Aku sebak, tak pernah rasa macam mana satu keluarga struggle even nak beli baju raya untuk anak-anak. Setiap ibu bapa pasti mahu berikan yang terbaik untuk keluarga mereka. Sediakan makan minum yang cukup untuk anak-anak. Aku pun tak lama lagi inshaAllah nak jadi ayah.
Dalam pada ada yang hidup di atas itu mewah bersenang lenang, ada keluarga lain yang tak cukup bajet nak menampung perbelanjaan keluarga.
Yelah, benda ini memanglah rezeki masing-masing tetapi kalau kita ada lebih, apa salahnya kita tolong orang lain. Di bulan-bulan baik ini, tolonglah.
Yang aku bagi abang itu tidaklah seberapa tetapi sekurang-kurangnya dapat menggembirakan satu keluarga. Anak dia yang sulung dengan isteri dia nak sangat sedondon.
Aku kongsi kisah ini sebab nak kita semua ingat, dalam pada kita gembira syawal semakin hampir menjelang tiba, ada insan lain yang kita terlepas pandang.
Kepada abang itu, saya doakan semoga abang murah rezeki. Semoga selepas raya ini abang naik pangkat jadi boss. Kemudian bagi bonus pada staff-staff abang. - Ted (@bukanwanted)
from The Reporter http://ift.tt/2sPdbYm
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment