Low Taek Jho sering dipanggil sebagai Jho Low adalah pembiaya Malaysia dan benefisiari banyak aset amanah budi bicara. Pada masa kini, Jho Low terlibat dalam pertikaian mahkamah sivil dengan Kerajaan Amerika Syarikat.
Supermodel Miranda Kerr telah diberi berlian yang bernilai sebanyak berjuta dolar oleh bekas teman lelakinya, seorang jutawan. Jho Low dituduh mendalangi kecurian $4.5 bilion (RM19.24 bilion) daripada dana pembangunan Malaysia (1MDB).
Hadiah pertamanya ke Miranda adalah berlian berbentuk hati, mempunyai 11.72 karat yang berharga $1.29 juta (RM5.52 juta) daripada tukang emas yang di Manhattan Lorraine Schwartz. Berlian itu adalah cukup besar untuk menjadi sahabat gadis yang mana-mana sahaja. Di berlian itu telah tertulis nama singkatan Miranda sebagai hiasan.
Mahkamah menyatakan bahawa Jho Low memberi berlian 11.72 karat berbentuk hati itu untuk Miranda yang tinggal di Lost Angeles sebagai hadiah Hari Valentine di tahun 2014.
Walau bagaimanapun, itu bukan kali terakhir dia belanja menggunakan wangnya. Pada bulan November 2014, Jho Low didakwa menggunakan $3.8 juta (RM16.25 juta) sebagai bayaran separa untuk loket berlian 8.88 karat dari Loraine Schwartz bernilai sekitar $4.5 juta (RM19.24 juta) yang juga diberikan kepada Miranda sebagai hadiah.
Selepas melihat gambar loket berlian itu, beliau lalu membelinya. Berlian itu dihantar ke pejabat di London sebuah syarikat pakaian yang juga didakwa dibeli dengan wang yang dicuri oleh nya.Loket berlian itu mempunyai rantai dan kalung yang berharga $800,000 (RM3.42 juta).
Jho Low kemudian menghabiskan tambahan $1.98 juta (RM8.46 juta) pada anting-anting berlian 11 karat dan kalung, cincin, dan gelang yang sepadan dengan nya. Dia memberikan Miranda kesemua berlian itu di atas kapal layar barunya.
Menurut Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat, pembelian pertama direkodkan oleh ahli perniagaan menggunakan wang 1MDB berkaitan bermula sejak 2012 apabila beliau membeli cincin berlian dan padanan anting-anting berlian ibunya.
Jho Low juga didakwa membelanjakan $28.6 juta (RM122.2 juta) untuk membeli barang kemas untuk isteri Rasmi Malaysia 1. (Kita kan tahu siapa…)
Menurut Page Six, hadiah-hadiah yang Miranda terima apabila dia mengenali Jho Low selama setahun hanyalah sebahagian daripada aset bernilai lebih daripada $1.6 bilion (RM6.84 bilion) – termasuk hartanah, seni, permata, kapal layar dan juga jet – yang Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat kini cuba untuk mengambil balik.
Miranda Kerr yang berkahwin dengan pengasas Snapchat, jutawan Evan Spiegel, tahun ini telah bekerjasama sepenuhnya dengan siasatan dan masih mempunyai berlian.
Saya pasti pada ketika ini anda mendapati anda semua pening dengan nombor-nombor yang terdapat dalam artikel ini. Sebab saya juga! Satu perkara yang saya tahu pasti, Jho Low perlu mencari jalan untuk mengembalikan semua wang yang dia telah mencuri, dan saya berharap mereka penjara nya. Kita pula boleh jadikan kisah ini sebagai pengajaran bagi orang-orang yang berfikiran jahat. Tolonglah jangan berbelanja menggunakan duit orang lain!
(Sumber: Malaysia Kini / Page Six)
See also:
The post Pembiaya Malaysia Jho Low Menghabiskan RM43,000,000 Untuk Memandikan Aussie Model Miranda Kerr Dengan Berlian appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2rDjY5y
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment