Seorang wanita mengalami masalah keguguran kandungan sebanyak lima kali ketika usia kandungannya memasuki dua bulan. Pihak doktor buntu untuk menghuraikan penyebab permasalahan ini kerana pemeriksaan dari pihak doktor, pasangan ini berada pada tahap kesihatan yang baik dan rahimnya juga sempurna.
Pasangan ini berusaha mendapatkan rawatan perubatan Islam melalui saya untuk melihat jika ada unsur-unsur lain yang boleh diselesaikan.
Hasil dari ruqyah yang dijalankan, ternyata terdapat gangguan jin yang kuat di rahim wanita ini.
"Aku nak hancurkan mereka suami isteri. Aku tak nak perempuan ini mengandung! Aku yang ganggu rahim dia! Aku yang buat dia gugur!"
Itu antara kata-kata yang keluar dari mulut pesakit yang memberontak tanpa sedar apabila diruqyah dan dipengaruhi jin sihir. Jin itu menyebut nama penyihir yang mengarahkannya menganggu wanita itu. Dendam dan ketidakpuasan hati menjadi faktor utama serangan sihir ini.
Setelah selesai dirawat, pesakit sedar dalam keadaan trauma dan keletihan. Suaminya menceritakan siapa nama yang disebut jin itu. Penyihirnya adalah bekas mertua suami yang tidak puas hati kerana kegagalan perkahwinan anaknya yang lalu.
Subhanallah. Semoga pasangan suami isteri ini sentiasa di bawah lindungan Allah dan dijauhkan dari sesuatu yang memudaratkan serta diberi kekuatan untuk mengandungkan zuriatnya.
Bertaubatlah wahai si penyihir. Bukan ini caranya untuk menzahirkan rasa ketidakpuasan hati. Allah pasti akan jatuhkan hukuman atas segala kejahilan yang telah dilakukan. Semoga Allah mengampuni dosa.
Sumber: Zaihan Johari Perubatan Islam
from The Reporter http://ift.tt/2tBSMGi
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment