Apabila dimasukkan ke wad hospital, sememangnya pesakit akan ditanya dengan pelbagai soalan bagi tujuan mengenalpasti apa punca masalah kesihatan seseorang pesakit itu. Dalam masa yang sama, akan ada sekumpulan doktor pelatih mendiagnosiskan pesakit dari katil ke katil, tujuannya untuk belajar mendiagnosiskan pesakit.
Namun, ada segelintir individu yang tidak digemar ditanya dengan pelbagai soalan seperti gambar yang viral di media sosial ini di mana pesakit mengalami stress dan meminta doktor menghalang doktor-doktor pelatih ini tidak menghampiri katilnya lagi.
"Disebabkan tak tahan ditanya soalan-soalan yang sama berpuluh-puluh kali oleh students dan soalan yang buat ayah saya stress, maka dia minta doktor tak soal dia lagi dan terhasillah note ini," demikian kapsyen gambar yang dimuat naik Wawa, dengan emoticon ketawa.
"Dia asyik tanya hari ini hari apa, soalan 40 tahun lepas pun dia tanya. Bapa aku dahlah ada darah tinggi. Naik pula BP (tekanan darah) dia nanti.
"@yayashahrani lawak giler kan. Tergelak-gelak aku tadi. Doktor pelatih ramai-ramai jalan sambil baca note itu. Terus dia tak berhenti kat bapa aku," tulisnya pada ruangan komen.
Bagi seorang doktor wanita ini, tindakan itu seperti tidak memberikan peluang pada doktor pelatih untuk belajar memahami masalah kesihatan pesakit.
"Nak diagnose penyakit, doktor kena buat: history taking (tanya-tanya yang korang tak suka tu), physical examnination, supporting examination (c). 80 peratus diagnosis boleh ditegakkan dengan tanya-tanya yang korang tak suka itu. Kasihanlah students, dia nak belajar. Tak belajar pula, korang viralkan 'Doktor Bodoh'.
"Doktor tanya soalan tentang 40 tahun lepas, hari apa bukan nak test korang bebal atau tak. Dia nak test cognitive and memory function okay or not. Dia tanya simple question saja, 'Pakcik tahu hari ini hari apa?' pakcik itu tak tahu, mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan otak, jadi doktor boleh plan nak buat apa.
"Berilah peluang pada pelajar medik.Mereka belajar untuk bantu pesakit, belajar dari pengalaman dan penyakit pesakit untuk tolong anak cucu pesakit juga.
"Saya pernah ditengking pesakit, Rasa macam nak tengking balik sebab kita pun manusia. Tetapi tahan sajalah. Kalau pesakit tak beritahu, doktor tak tahu apa masalah pesakit.
"Doktor ada skill, awak ada penyakit. Saling tolong menolong, doktor tak boleh baca minda pesakit, kami bukannya Professor X," tulis Doktor Nur Amalina Rosli di laman Twitter 7 Jun lalu.
Beliau berharap penjelasannya itu dapat menjawab dan menjelaskan kepada orang ramai mengapa perlunya pesakit memberi peluang kepada doktor pelatih.
"Patients are the greatest teachers. Don't forget to thank them," tulisnya.
Semakan di Instagram mendapati, akaun @be.wawalahh telah dipadamkan.
from The Reporter http://ift.tt/2rdYgd0
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment