Home » , » Doktor berjaya keluarkan kolon berisi najis seberat 13 kg dari perut pesakit sembelit

Doktor berjaya keluarkan kolon berisi najis seberat 13 kg dari perut pesakit sembelit

shamsulazlan | 05:55 | 0 comments

SHANGHAI, CHINA - Seorang doktor berjaya menamatkan penderitaan seorang lelaki selama 22 tahun dengan mengeluarkan kolon gergasi berisi najisnya seberat 13 kilogram, lapor Shanghaiist. 

Zhou Hai, 22, terdahulu datang ke Hospital Shanghai Tenth People pada Khamis lalu selepas perutnya mengembung dan kelihatan selepas wanita mengandung. 

Menurut doktor, Zhou mengalami kesukaran bernafas dan mengerang kesakitan sepanjang masa. 

Zhou juga memaklumkan kepada doktor, perutnya semakin membesar sejak tiga hari lalu sehingga dia tidak lagi mampu menahan kesakitannya itu. 


Doktor mengatakan Zhou telah lama menderita sakit sembelit sejak dia dilahirkan lagi dan terpaksa mengambil julap secara berkala untuk seumur hidupnya. 

Sementara itu, ibu bapanya tidak begitu mengendahkan keadaan Zhou, menjadikan masalah lelaki itu semakin hari semakin teruk. 


Selepas menjalani pembedahan selama tiga jam, doktor berjaya menyelamatkan Zhou dengan mengeluarkan kolon sepanjang 76 sentimeter yang berisi najis seberat 13 kilogram. 


from The Reporter http://ift.tt/2sjBZK0
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger