PUTRAJAYA - Susulan pengguna rangkaian telekomunikasi Celcom mengalami gangguan talian sejak awal pagi tadi, Celcom memuat naik kenyataan memohon maafnya kepada semua pengguna yang terjejas.
Dalam kenyataan yang dimuat naik jam 10.06 pagi tadi, Celcom berkata, gangguan itu bermula sejak jam 7 pagi tadi itu telah menyebabkan para penggunanya tidak dapat membuat dan menerima sebarang panggilan.
Bagaimanapun, masalah itu telah diselesaikan padaj am 9.30 pagi dan perkhidmatan rangkaiannya di Semenanjung Malaysia telah kembali normal. Sementara itu di negeri-negeri lain akan pulih secara berperingkat sehingga jam 1 petang tadi.
Menurut kenyataan itu, gangguan talian itu adalah disebabkan masalah teknikal ketika kerja-kerja peningkatan rangkaian yang dilakukan oleh pihaknya.
"Kami meminta maaf di atas kesulitan yang berlaku," kata kenyataan itu.
Sementara itu diruangan komen status Facebook Celcom, salah seorang penggunanya yang terjejas, Patrick Maragan, juga hampir saja membeli telefon baru kerana menyangka telefonnya bermasalah.
"Haya u orang arr, I sudahlah baru 'setahun jagung pakai ini Celcom line, lagi buat hal. Suda la itu hari bulan 4 (April) bikin hal, ini pagi suda bebelas kali I restart fon, ingat fon problem.
"Baru plan mau angkat iPhone 5 second tadi. Haya, tim kaii arrr," tulisnya.
Ada segelintir pengguna lain juga meluahkan rasa tidak puas hati mereka yang dituduh mencuri tulang, malah ada lelaki dituduh isterinya sedang bergayut (bertelefon) dengan wanita lain.
Laporan berkaitan:
from The Reporter http://ift.tt/2smWJS5
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment