Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia (Semboyan Malaysia) mendesak pihak berkuasa segera menutup Crackhouse Comedy Club yang menjadi pusat persembahan pelawak komediri yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum.
Pengerusi Semboyan Malaysia, Yusuf AZmi berkata, tindakan tegas itu perlu diambil agar menjadi contoh kepada pemilik kelab-kelab komedi di seluruh negara supaya tidak menjadikan sensitiviti agama dan bangsa sebagai bahan jenaka.
Jelasnya, gesaan itu dibuat bukan hanya kerana video yang menunjukkan Siti Nuramira membuka pakaian dan mula mengucapkan kata-kata yang tidak sopan, malah juga disebabkan oleh co-founder kelab itu sendiri, Rizal, yang didakwa berulang kali memuat naik video komedirinya yang jelas sekali menghina dan menyindir bangsa Melayu di premis itu.
"Rizal ini dah banyak video dia buat, dia buat benda ini sudah berbelas tahun. Jadi sebab itu saya nampak tempat ini perlu ditutup.
"Bila ditutup, ianya menjadi iktibar kepada semua pemilik kelab komediri supaya perkara sebegini tidak berlaku lagi," katanya yang juga telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, semalam.
Yusuf juga memberi amaran akan mengadakan mogok berterus sekiranya premis tersebut dibenarkan beroperasi. Mogokan itu akan dilakukan sehingga premis itu ditutup sepenuhnya.
"Kalau kelab itu dibuka semula, kita akan buat mogok di hadapan kedai sehingga ia ditutup. Kita buat ini demi agama, bukan hendak pecahkan kedai itu. Kita juga akan duduk mogok untuk menyatakan ketidakpuasan hati.
"Kita orang Islam ini, banyak berbudi bicara, kita tak suka bergaduh, tak suka berbahas. Tetapi janganlah pijak kepala kita," tegasnya.
Sumber: Sinar Harian
from The Reporter https://ift.tt/zjLMyv2
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment