Foto Hiasan | Kosmo Online |
Tular di media sosial dakwaan seorang pelajar perempuan bahawa pihak sekolahnya masih melakukan pemeriksaan haid sehingga ada pemeriksa yang meraba alat sulit mereka.
Insiden itu dikongsikan oleh Ain Husniza Saiful Nizam, yang menyiarkan mesej diterimanya dari pengadu di Twitter.
Pengadu mendakwa, pelajar perempuan akan diperiksa oleh pengawas di bahagian kemaluan menggunakan pensil atau pen. Paling teruk, ada pengawas yang melakukan pemeriksaan itu hanya dengan menggunakan tangan kosong.
Update :
— ain #MakeSchoolASaferPlace (@ainhsaifulnizam) July 18, 2022
Bila cikgu normalize, pelajar "pengawas" lain pun buat suka hati dorang je. pic.twitter.com/Fi7Exesgvv
"Kitorang sesi pagi kalau ada spotcheck, pengawas akan check semua. Yes raba, tetapi menggunakan pensil atau pen untuk diorang lalu dekat private part. Tetapi untuk sesi petang, pengawas perempuan, diorang raba dengan tangan kosong.
"Apabila student mengadu dekat cikgu, cikgu pula tuduh diorang memfitnah pengawas. Padahal ramai kot saksi.
"Paling tak bioleh percaya, cikgu yang cakap fitnah itu sendiri pernah meraba student. Walaupun cikgu perempuan, mana boleh (berbuat demikian) kan?
"Sebelum raba tu, pelajar kena lompat bintang dalam lima kali," katanya.
Difahamkan, pemeriksaan haid itu dilakukan bagi membuktikan pelajar perempuan tidak dapat menyertai solat berjemaah harian yang biasa diadakan.
Sementara itu, netizen menggesa pelajar terbabit tampil mendedahkan nama sekolah tersebut sekiranya pihak sekolah tidak mengambil tindakan yang wajar bagi menghentikan amalan kurang cerdik itu.
"Dia senang je, pihak sekolah tak nak ambil tindakan, dedahkan nama sekolah tu. Bila dah viral, baru pihak pentadbiran kelam kabut buat kerja hanya sebab tak nak orang atasan atau pegawai Kementerian Pendidikan (KPM) turun padang. Pentadbiran sekolah zaman sekarang macam tu. Realiti dulu dengan sekarang dah lain gila," kata Yuno.
"Bahayanya sekolah zaman sekarang. Aku masa sekolah dulu fikir nak lulus exam je," kata Kei.
Sumber: Twitter Ain Husniza
from The Reporter https://ift.tt/r0UWERK
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment