Home » , » 30 restoran mamak 'gulung tikar', Persatuan Restoran India Muslim JB rayu dibenar kebenaran import pekerja asing

30 restoran mamak 'gulung tikar', Persatuan Restoran India Muslim JB rayu dibenar kebenaran import pekerja asing

shamsulazlan | 20:22 | 0 comments



30 restoran mamak di Johor Bahru dilaporkan terpaksa 'menggulung tikar' susulan mengalami masalah kekurangan pekerja sejak pandemik Covid-19 sehingga awal Julai ini, lapor Harian Metro. 


Setiausaha Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor, Hussein Ibrahim berkata, hanya 400 restoran yang masih bertahan pada waktu ini dan pengusahanya terpaksa mengehadkan waktu operasi dari 24 jam kepada 15 atau 12 jam. 


Menurut Hussein, masalah itu berlaku ekoran pengusaha restoran mamak mengalami masalah kekurangan tenaga kerja warga asing untuk membantu meneruskan operasi perniagaan di mana kebanyakan mereka pulang ke negara asal apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika Pandemik Covid-19. 


Hal itu menyebabkan ada segelintir pengusaha terpaksa menggaji pekerja warga asing yang mempunyai permit sah dalam sektor pembinaan dan perladangan. 


Pihak persatuan juga telah memanjangkan isu itu kepada Kementerian SUmber Manusia dan Jabatan Perdana Menteri dan berharap dua entiti itu akan tampil membantu meringankan beban mereka dengan membenarkan membawa masuk pekerja warga asing ke Malaysia bagi menampung masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut. 


Alasannya, pengusaha restoran mamak tidak mempunyai pilihan lain selain bergantung kepada tenaga kerja warga asing untuk memulihkan ekonomi sektor itu. 


Katanya, sekiranya masalah itu tidak ditangani dan berlarutan untuk beberapa bulan, ramai pengusaha restoran yang akan mengambil langkah menutup restoran.


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/8XCq1Hm
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger