Foto Utusan Online |
Rakyat yang terasa beban dengan kos sara hidup semakin meningkat, mungkin boleh mula mempertimbangkan cadangan penjimatan dengan berbasikal ke pejabat setiap hari.
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) pada 1 Julai lalu melaksanakan program 'Berbasikal ke Pejabat' sekali gus menyokong usaha keraejaan dalam melestarikan alam sekitar.
Timbalan Menterinya, Datuk Mansor Othman berkata, program yang menyihatkan badan itu akan diadakan seminggu sekali sebelum diperluaskan secara harian pada masa akan datang.
"Hari ini (1 Julai), seramai 40 warga KASA dan beberapa rakan korporat serta individu menyertai aktiviti kayuhan ke pejabat pagi ini.
"Saya difahamkan ada yang berbasikal sejauh 10 kilometer ke pejabat hari ini dan ia satu usaha yang bagus," katanya.
Sementara itu, Ketua Setiausaha KASA, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang berkata, Putrajaya merupakan bandar yang mempunyai kemudahan paling baik untuk melakukan aktiviti berbasikal.
"Di Putrajaya ini, jarak kediaman kakitangan dan pegawai dengan pejabat kementerian hanya sekitar lima kilometer dan jika berbasikal, ia hanya mengambil masa sekitar 10 hingga 15 minit sahaja.
"Pagi tadi, saya sendiri berbasikal sejauh 14 kilometer dan mengambil masa 35 minit dari rumah saya di Bangi untuk ke pejabat," katanya.
Katanya, selain menyihatkan badan, aktiviti berbasikal juga boleh mengurangkan penggunaan bahan api dan kesesakan lalu lintas selain membantu menjadikan Putrajaya sebagai bandar bebas karbon.
Sumber: Utusan Online
from The Reporter https://ift.tt/93Gykm7
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment