Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan melantik Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan Kabinet minggu depan.
Menurut laporan The Coverage yang memetik sumber dari Bersatu dan Umno, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dikatakan bakal menjawat jawatan nombor dua itu.
Media Utusan Malaysia pula melaporkan, jawatan Timbalan Perdana Menteri itu dijangka akan diisi oleh pemimpin dari Bersatu sama ada Hamzah Zainudin atau Azmin Ali yang dikatakan calon paling berkelayakan untuk menjawat jawatan tersebut.
Namun, perkara itu masih dalam perbincangan bagi menentukan siapa yang layak disimpan atau digugurkan. Pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat pada Rabu depan selepas selesai mesyuarat mingguan Kabinet.
Seorang pegawai khas Muhyiddin Yassin mengesahkan, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan melantik Timbalan Perdana Menteri dari kalangan pemimpin Bersatu dan perjanjian itu disaksikan oleh menteri dari parti Bersatu dan Umno.
Marzuki Mohamad, bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan kepada Muhyiddin semasa menjadi perdana menteri berkata, pihak terbabit telah bersetuju bahawa isi kandung perjanjian itu tidak boleh didedahkan kepada umum..
"Ia ditandatangani oleh Muhyiddin dan perdana menteri pada 17 Ogos 2021 dan disaksikan oleh seorang menteri dari Bersatu dan seorang lagi menteri dari UMNO".
Ismail juga dikatakan telah bertemu dengan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin untuk membincangkan perkata itu, terutamanya mengenai jawatan menteri dan timbalan menteri dari Bersatu.
Walaupun Azmin dan Hamzah dicalonkan bagi menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, sumber itu berkata Muhyiddin lebih cenderung memilih Azmin Ali yang merupakan menteri kanan perdagangan antarabangsa dan industri dan pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN).
Sumber: The Coverage
from The Reporter https://ift.tt/aDPnK6i
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment