Home » , » 'Kenaikan tak terlalu berat, hanya RM5.6 juta setahun' - Usul naik gaji Ketua Menteri & ADUN Sabah diluluskan

'Kenaikan tak terlalu berat, hanya RM5.6 juta setahun' - Usul naik gaji Ketua Menteri & ADUN Sabah diluluskan

shamsulazlan | 19:22 | 0 comments



Di kala rakyat sedang bergelut dengan krisis kenaikan harga barang keperluan, Dewangan Undangan Negeri (DUN) Sabah dilaporkan telah meluluskan usul untuk menaikkan saraan Ketua Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota pentadbiran negeri yang lain, semalam. 


Lapor Astro Awani pada Selasa, 19 Julai 2022, Usul untuk Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan) (Pindaan) 2022 itu dicadangkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah diluluskan dengan suara terbanyak. 


Dengan kelulusan itu, saraan Ketua Menteri dinaikkan kepada RM33,033 dari RM23,595, Timbalan Ketua Menteri RM29,221.50 dari RM20,872.50, Menteri RM22,869 dari RMRM16,335, Speaker DUN RM22,869 dari RM16,335, Pembantu Menteri RM17,787 dari RM12,705, Timbalan Speaker DUN RM17,787 dari RM12,705, ADUN RM11,130 dari RM7,950 dan Setiausaha Politik RM7,623 dari RM5,445. 


Bekas Menteri Kewangan Kedua Sabah itu ketika menggulung usul itu berkata, implikasi kewangan kerajaan negeri untuk pelaksanaan kenaikan saraan itu dilihat tidak terlalu berat dan hanya melibatkan RM5.6 juta setahun. 


Pelarasan itu dilihat wajar dan apa yang penting, wakil rakyat perlu terus memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat. 


"Kita mengambil inisiatif ini memandangkan keadaan yang berlaku di persekitaran kita sekarang ini walaupun kita faham mungkin rakyat di luar sana bercakap kenapa dalam keadaan sekarang dan sebagainya. Tetapi asas utama ialah untuk wakil rakyat anggota kerajaan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. 


"Kerajaan perlu ada dasar yang baik untuk memastikan taraf hidup rakyat yang ada sekarang ditingkatkan sekali gus membasmi kemiskinan ini paling penting," katanya. 


Selain itu, DUN sabah turut meluluskan usul Rang Undang-Undang Peruntukan Diraja (Pindaan) 2022 yang menaikkan Saraan Peribadi, Elaun Keraian dan Elaun Wilayah untuk Yang Dipertua Negeri Sabah.


Usul yang dibawa Hajiji itu juga diluluskan dengan suara terbanyak, dan menaikkan Saraan Peribadi daripada RM215,280 setahun kepada RM301,392; Elaun Keraian RM152,490 (RM213,486); dan Elaun Wilayah RM44,850 (RM62,790).


Sumber: Astro Awani



from The Reporter https://ift.tt/q5dN8Rf
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger