Home » , » 'Saya takut besi' - Pemilik kafe dakwa ternampak wanita iras Zalina Azman di Shah Alam

'Saya takut besi' - Pemilik kafe dakwa ternampak wanita iras Zalina Azman di Shah Alam

shamsulazlan | 22:22 | 0 comments



Perkembangan terkini kes kehilangan bekas personaliti TV3, Zalina Azman, polis memaklumkan pihaknya masih berusaha mengesan wanita itu termasuk mendapatkan maklumat daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Imigresen, Kementerian Kesihatan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan juga syarikat telekomunikasi. 


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan pihaknya mendapati, Zalina masih berada dalam negara dan tiada pergerakan ke luar negara. 


Zalina turut dikatakan tidak mendapatkan rawatan perubatan di mana-mana pusat kesihatan dan nombor telefon bimbitnya juga tidak aktif sejak dia dilaporkan hilang. 


Mengulas mengenai pertanyaan umum mengapa pihak berkuasa mengambil masa sehingga lapan bulan untuk mengeluarkan hebahan kehilangan Zalina, Mohd Iqbal berkata, polis melakukan pertukaran maklumat dengan beberapa agensi berkaitan di mana proses itu mengambil masa. 


"Selepas usaha (bertukar maklumat dengan agensi lain) itu tidak membuahkan hasil, pihak polis bertindak mengeluarkan hebahan itu bagi membantu siasatan.


"Polis tidak melambatkan hebahan, sebaliknya kita mengambil masa untuk membuat semakan dengan beberapa agensi berkaitan dalam usaha mengesan mangsa," katanya. 


Sementara itu, seorang pemilik kafe, Mosyuki Borhan, mendakwa premisnya Dos Cafe di Seksyen 9 Shah Alam pernah didatangi oleh seorang wanita yang kelihatan seperti Zalina pada jam 1 petang, Ahad lalu, dalam keadaan cemas dan menggigil ketakutan. 


"Ketika di kaunter hendak memesan makanan, dia toleh belakang, kanan dan kiri. Agak mencurigakan. Apabila saya tanya okey atau tidak, dia hanya mendiamkan diri. 


"Pekerja lain meminta dia duduk terlebih dahulu dan mengambil pesannya. Dia tidak banyak bercakap tetapi apa yang keluar dari mulutnya adalah, 'saya takut besi'. Dia bercakap dalam keadaan takut, seperti ada benda yang berlaku," katanya. 


Namun Mosyuki berpendapat, wanita itu berkelakuan sedemikian mungkin disebabkan premisnya terdapat banyak besi kerana pada awalnya dia berdiri lama di depan pintu utama restoran dan kelihatan takut untuk masuk ke dalam yang mungkin disebabkan tombol pintu diperbuat daripada besi. Ketika keluar dari premis, wanita itu melanggar sahaja pintu tanpa memegang tombol pintu. 


Jelas Mosyuki lagi, wanita itu kelihatan lapar dan terus berlalu pergi seperti takut dan berasa terancam. Malah katanya, wanita itu berjalan tanpa arah seperti mencari sesuatu. 


"Kami cuma berharap dia selamat saja masa tu," katanya. 


Keesokan harinya, Mosyuki terbaca laporan mengenai kehilangan Zalina Azman dan tanpa berlengah dia terus memaklumkan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Shah Alam. 


"Saiz tubuh badan dan warna kulit dia sama macam dalam laporan polis. Polis kata, pemakaian dia sama macam masa dia hilang, pakai jaket apa semua," katanya. 


Sumber: Harian Metro, mStar Online



from The Reporter https://ift.tt/LXa4WQD
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger