Home » , » Penghantar makanan hina agama Islam direman sehingga Khamis ini

Penghantar makanan hina agama Islam direman sehingga Khamis ini

shamsulazlan | 00:22 | 0 comments

Foto ehsan netizen


Polis mengesahkan lelaki yang dalam video tular menghina agama Islam telah ditahan semalam di kediamannya. 


Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, suspek berusia 39 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan polis. 


Polis juga telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. 


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Khamis. 


Suspek yang bekerja sebagai penghantar makanan itu direman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi setelah pihaknya menerima perintah reman yang dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Kuala aLumpur. 


Semalam, tular di media sosial video menunjukkan suspek menghina agama Islam dan mencabar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengambil tindakan terhadap dirinya. 


Akibatnya, suspek telah didatangi beberapa individu yang tidak berpuas hati dengannya lalu dibelasah sehingga mengalami kecederaan dan pendarahan di bahagian muka. 


Suspek kemudian memohon maaf di atas perbuatannya itu dan meminta orang ramai tidak mencontohi perbuatan tersebut yang sia-sia. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/5nhRzNQ
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger