Home » , » (Video) 'Oi moto! Moto! Moto!' - Penunggang motosikal maut selepas dilanggar pemandu alami 'microsleep'

(Video) 'Oi moto! Moto! Moto!' - Penunggang motosikal maut selepas dilanggar pemandu alami 'microsleep'

shamsulazlan | 00:24 | 0 comments


Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar sebuah kereta dalam kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, menghala ke Plaza Tol Sungai Besi, Rabu, 2 Disember 2020, lapor Harian Metro. 


Dalam kejdaian yang berlaku pada jam 12.10 malam itu, Zhafari Bukhori, 34, yang bekerja sebagai penghantar makanan, cedera parah akibat dilanggar kereta sedan dipandu lelaki yang dipercayai terlelap.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. 


Pemandu kereta Honda Civic berusia 47 tahun terbabit pula ketika kejadian sedang memandu di lorong ketiga. Bagaimanapun, lelaki itu dipercayai terlelap semasa melalui selekoh tersebut. 


"Kereta dipandu lelaki itu kemudian melanggar motosikal Honda EX5 ditunggang mangsa yang berada di lorong kiri. Akibat dari kemalangan itu, penunggang motosikal berkenaan diseret sejauh kira-kira 1.5 meter dan menyebabkan mangsa cedera parah. 


"Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras," katanya. 


Pemandu Honda Civic terbabit telah dibawa ke balai untuk menjalani ujian pernafasan atau Evidential Breath Analyzer (EBA). Bagaimanapun keputusannya adalah negatif. Pemandu terbabit kini direman sehingga 4 Disember 2020 untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/33DkAOd
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger