Seorang wanita terkena renjatan elektrik setelah telefon pintarnya, iPhone, yang sedang dicas terjatuh ke dalam tab mandi.
Mangsa, Olesya Semenova, 24, ditemui tidak bernyawa oleh rakan serumahnya di bandar Arkhangelsk, Rusian.
"Saya menjerit dan cuba mengoncang badannya, tetapi dia kelihatan pucat dan tidak bernafas serta langsung tidak menunjukkan sebarang tanda masih bernyawa," kata rakannya, Daria, kepada operator talian kecemasan.
"Saya benar-benar takut. Apabila saya sentuh dia, terasa renjatan elektrik dan dalam masa yang sama saya ternampak ada telefon bimbit di dalam tab mandi, yang juga sedang dicas," katanya.
Paramedik kemudian datang ke lokasi kejadian dan mengesahkan Semenova yang bekerja sebagai kakitangan butik pakaian, telah meninggal dunia di dalam tab mandi. Turut ditemui iPhone 8 milik mangsa di dalam tab mandi tersebut yang masih disambung pada kabel pengecas.
Kementerian kecemasan Rusia mengeluarkan amaran kepada orang awam untuk sentiasa berhati-hati dan tidak membawa sebarang peralatan elektrik ke bilik air atau yang sewaktu dengannya, selepas berita mengenai kejadian itu dilaporkan media tempatan.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/3qSXzkC
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment