Home » , » U Mobile, Celcom & 4 lagi syarikat Telco dikompaun SKMM

U Mobile, Celcom & 4 lagi syarikat Telco dikompaun SKMM

shamsulazlan | 23:24 | 0 comments

Enam syarikat telekomunikasi dikompaun oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atas kesalahan pendaftaran kad Sim prabayar tanpa membuat pengesahan maklumat pengguna. 


SKMM dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, 15 kompaun yang dikeluarkan bernilai RM700,000 pada Khamis (1/10/2020) atas kesalahan yang dilakukan enam syarikat terbabit 2019. 


Kesemua kompaun mengikut Seksyen 127 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dibaca bersama Seksyen 242 Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 


U Mobile menerima lima kompaun bernilai RM250,000, diikuti dengan Celcom dan Tune Talk masing-masing sebanyak tiga kompaun RM150,000. 


Manakala Maxis mendapat dua kompaun bernilai RM100,000 dan YTL Communcations dan Tone Plus masing-masing satu kompaun bernilai RM40,000 dan RM10,000. 


SKMM menegaskan, tindakan itu diambil bagi memastikan kepentingan pengguna sentiasa terpelihara agar proses pendaftaran kad SIM prabayar mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan SKMM. 


SKMM tidak akan berkompromi mengenai perkara ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana telko yang tidak mematuhi garis panduan itu. 


Sumber: Sinar Harian



from The Reporter https://ift.tt/2GIONml
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger