Pemergian Abam itu dimaklumkan oleh adiknya, Ali Puteh.
"Isteri Abam menghubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri. Saya bergegas ke kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas," katan memetik laporan dari Gempak.com.
Isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara itu dan memberitahu Abam mengalami demam dan mengadu kurang sihat sejak beberapa hari lalu.
"Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tidak mahu. Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa.
"Tapi pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun tak ada tindak balas daripada dia," katanya menangis teresak-esak.
Abam dan Nor Hidayah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia lima bulan.
Sementara itu, Fad dan Achey turut meluahkan rasa sedih mereka di Instagram.
Sumber: Gempak
from The Reporter https://ift.tt/2H70XT1
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment