Menurutnya, walaupun anaknya berusia 17 tahun, tetapi pemikiran anaknya itu masih seperti budak-budak berusia tujuh atau lapan tahun. Malah, remaja itu hanya berkawan dengan kanak-kanak dan budak, bukannya dengan rakan sebaya.
"Anak saya umur 17 tahun dan sudah berhenti sekolah kerana dia kata tidak nampak 'jalan' (tidak dapat meneruskan pelajaran). Jadi saya menyuruh dia berhenti sekolah.
"Dia seorang yang lurus bendul dan pemikirannya tak waras mana," katanya dengan nada yang sebak.
Sementara itu, kakak remaja terbabit, Fatihah, membuat laporan polis sebaik saja melihat klip video adiknya memijak al-Quran itu viral sejak Khamis lalu.
Fatihah kemudian meminta penjelasan adiknya yang mengaku berbuat demikian kerana dipaksa (oleh rakan-rakan). Tidak menafikan dirinya marah, namun apakan daya perkara itu telapun berlaku dan dia bertindak membuat laporan polis kerana tidak mahu keluarganya malu dengan kejadian itu.
Sumber: Harian Metro, FB Klate Kito
LAPORAN BERKAITAN
- 'Dia dipaksa mengaku telah bersetubuh dengan Irwan & bersumpah pijak al-Quran'
- Biadab! Gadis pijak al-Quran bagi membuktikan dirinya telah bersetubuh
- Kakak buat laporan polis, suspek pijak al-quran & 3 rakannya ditahan
from The Reporter https://ift.tt/2JR9QRO
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment