Seorang blogger wanita di Rusia ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan mayatnya dalam keadaan bogel disumbat dalam bagasi.
Mangsa, Ekaterina K, 24, ditemui mati di kediamannya di Moscow dan dipercayai diserang kerana cemburu.
Ibu bapanya sebelum itu bimbang dengan keadaan mangsa yang tidak menjawab panggilan telefon mereka lalu meminta tuan tanah memeriksa keadaan Ekaterina.
Polis yang datang memeriksa rumah itu menemui mayat mangsa disumbat dalam bagasi dengan beberapan kesan tikaman.
Siasatan awal mendapati, mangsa menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki berusia 52 tahun dan mereka dalam perancangan untuk pergi bercuti.
Sebelum itu, mangsa pernah menjalinkan hubungan dengan lelaki berusia 32 tahun tetapi tidak diketahui berapa lama tempoh mereka bersama sebelum berpisah.
Tiada tangkapan dilakukan.
Ekaterina adalah seorang doktor pakar dalam bidang dermatologi dan penyakit kelamin, bekerja di sebuah hospital di bandar.
Selain itu, dia juga penulis blog kecantikan dan mempunyai akaun Instagram dengan lebih 80,000 followers.
Sumber: Mirror
from The Reporter https://ift.tt/2Ybwoa1
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment