Home » , » Tak puas hati disuruh cari kerja, remaja tetak ibu kandungnya

Tak puas hati disuruh cari kerja, remaja tetak ibu kandungnya

shamsulazlan | 06:50 | 0 comments

Sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar institut pengajian tinggi mencari kerja part time semasa cuti semester bagi mendapatkan wang belanja, meskipun mereka masih menerima wang dari ibu bapa. 

Bekerja di usia muda juga membantu diri mereka mengenal erti berdikari dan bertanggungjawab, membuatkan ramai ibu bapa menggalakkan anak mereka berbuat demikian.

Mungkin inilah sebabnya mengapa seorang ibu dari Tai Chung, Taiwan, mendorong anak perempuannya berusia 15 tahun mencari kerja sewaktu cuti sekolah. 

Wanita bernama Yan, turut membantu anaknya mencari kerja. Malangnya, si anak pula enggan menuruti kemahuan ibunya dan berang lalu berlaku pertengkaran di antara mereka berdua. 

Dalam kejadian yang berlaku pada 24 Julai lalu, remaja itu gagal mengawal kemarahannya lalu mengambil pisau pemotong buah dan menetak ibunya. 

Bimbang dengan keselamatan diri, Yan segera keluar dari rumah untuk meminta bantuan dari sebuah bengkel motosikal. Pemilik bengkel itu pula terpaksa bergelut dengan suspek untuk merampas pisau tersebut sebelum menghubungi polis. 

Mangsa mengalami pendarahan teruk, tetapi masih mampu bertahan dan dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan. 

Mangsa cedera di bahagian kiri badannya termasuk belakang leher, bahu, siku dan punggung. Luka tetakkan itu juga agak dalam sehingga menampakkan bahagian tulang. 

Mangsa kini berada dalam keadaan stabil.

Suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan akan didakwa atas tuduhan cubaan membunuh di Mahkamah Juvana. 



from The Reporter https://ift.tt/2MfR6y1
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger